Monday, March 12, 2018

PETUA KELUARKAN SERANGGA DARI MASUK DALAM TELINGA

Serangga ialah benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata, kelas Insecta, yang mempunyai bilangan spesies terbanyak. Di habitan daratan, serangga paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran jumlah keseluruhan spesies kini, termasuk yang belum dikenali oleh sains sekitar dari dua hingga tiga puluh juta, dengan kebanyakan pakar cenderung kepada jumlah pertengahan antara dua jumlah melampau ini. 

Walaupun telah diketahui hampir satu juta spesies serangga, masih banyak lagi serangga yang belum diketahui dan direkodkan kehadirannya. Tidak dapat dinafikan banyak serangga yang akan pupus, sebelum dapat direkodkan kewujudannya, akibat aktiviti pembangunan hutan yang dilakukan.

Petua Keluarkan Serangga Masuk Dalam Telinga

Petua 1

Tarik nafas dalam-dalam, Tutup hidung , mulut dan sebelah jari lagi tutup di sebelah kiri serentak ( kalau serangga masuk di sebelah telinga kiri, tutup telinga kanan ) Insyaallah, serangga tersebut akan perlahan-lahan bergerak keluar. Teorinya mudah, binatang perlukan udara untuk bernafas, Kalau punca udara dari hidung dan telinga satu lagi ditutup, seranggan ini akan mencari udara di lubang yang terbuka. Ia akan keluar melalui telinga yang dimasukinya.

Petua 2

Tutup lampu (malam) atau pergi ke tempat yang gelap (siang). Ambil lampu suluh dan suluh ke dalam lubang telinga. InsyAllah serangga akan keluar mencari punca cahaya itu. Ini kerana serangga adalah makhluk Allah yang suka kepada cahaya

Petua 3

Letakkan sedikit minyak ke dalam lubang telinga kemudian keluarkan itu semula. Caranya, seperti petua telinga masuk air. Ini kerana, serangga itu akan terperangkap di dalam minyak itu.

Petua 4

Tutup lubang telinga kanan dengan jari kanan, pekap hidung dengan tangan kiri dan tutup mulut anda. Semasa anda menutup 3 pancaindera di atas (telinga, hidung & mulut), tarik dan tahan nafas sepanjang yang boleh. Ulangi langkah 1 & 2 beberapa kali sehingga anda berjaya mengeluarkan serangga tersebut.

Amaran: Jika petua ini tidak menjadi, sila pergi ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya. Sekian.

Telegram.me/PetuaDanKesihatan

No comments:

Post a Comment