Wednesday, March 14, 2018

CARA MERAWAT KUKU BENGKAK


Kuku adalah struktur yang separa keras dan sedikit runcing yang terletak di hujung jari haiwan atau manusia. Bahan asas yang membentuk kuku ialah keratin, sejenis protein yang keras yang juga boleh dijumpai di dalam rambut dan kulit. Dalam bidang perubatan, kuku juga boleh mempamerkan tahap kesihatan seseorang. Fungsi kuku

Kuku mempunyai 2 fungsi utama. Fungsi pertama yang diketahui secara umum ialah sebagai pelindung kepada hujung jari. Fungsi keduanya yang juga penting ialah memberikan lebih sensitiviti terhadap deria sentuh. Hujung jari diliputi dengan reseptor yang banyak yang membenarkan kita menerima maklumat dengan lebih efektif apabila kita menyentuh sesuatu objek. Kuku bertindak sebagai penentang daya yang menambahkan lagi sensitiviti kulit, walaupun pada kuku itu sendiri tidak mempunyai saraf dan reseptor.

CARA MERAWAT KUKU BENGKAK

Cagu atau bengkak kat ibu jari kaki atau tangan memang menyeksakan. Boleh dikatakan pergerakan anda agak terbatas. Rasanya pula, jangan cakaplah. Tuhan aje yang tahu. Sesiapa yang pernah kena pasti tahu bagaimana rasanya, kan?

Kalau anda sedang mengalaminya sekarang, pastinya nak lekas sembuh. Sebab ada juga di antara kita yang masih belum sembuh walaupun dah kena bertahun-tahun. Ada beberapa cara yang saya pernah dengar dan diberitahu oleh orang yang berpengalaman untuk menyembuhkan cagu ni. Tapi saya kurang ingat semuanya secara terperinci.

DAUN INAI
1. Mula-mula, ambil segenggam daun inai dan tumbuk sampai halus.

2. Kemudian, balutkan pada ibu jari anda yang kena cagu tu.

3. Biarkan sampai ia kering dan barulah anda buangkan inai tadi.

4. Jika cagu anda masih belum surut, ulangi langkah 1 - 3 di atas.

DAUN KEEMBUNG PUTIH
Ambillah 8 helai daun keembung putih dan tumbuk sampai halus. ini bukan keembung putih, tapi keembung ungu. carilah daun keembung putih yer

Balutkan pada ibu jari anda yang ada cagu tadi.

Lepas tu, bungkus pula balutan tu dengan plastik.

Sejam kemudian, barulah anda buka bungkusan dan balutan tadi.

Teruskan langkah i hingga iv di atas sampailah cagu anda tu sembuh.

Langkah terakhir yang boleh anda ikhtiarkan ialah cuba anda pergi ke kedai ubat sensei. Kedai ubat-ubatan orang Cina tuh.

Anda tanyakan kat tokei kedai tu ada tak ubat cagu. Biasanya mereka akan tanya nak ubat cecair atau krim.

Pilih yang cecair (saya kurang ingat nama spesifik ubat ni). Tapi warna cecair tu agak gelap. Macam warna ubat batuk, tapi cair sikit lah. Ia diletakkan dalam botol kecil macam botol ubat mata yang ada di klinik-klinik.

Sebab cecair ni akan menyerap secara lebih menyeluruh kat kuku dan ibu jari anda.

Caranya begini;
Lap atau bersihkan dulu ibu jari anda.

Titiskan saja ubat tersebut kat ibu jari yang cagu tu.

Kalau boleh, ibu jari anda tu jangan dikenakan air untuk beberapa jam.

Rasanya taklah perit sangat bila letak ubat tuh. Kalau sakit, mungkin sekejap aje.

Cuma kesannya untuk cara ke #3 ni adalah bila dah sembuh nanti, kuku anda kurang cantik sikit lah. Sebab warna kuku tu akan jadi lain sikit. Mungkin makan masa bertahun untuk kembali kepada warna asal.




No comments:

Post a Comment