Rambut merupakan anggota badan yang terletak di atas kepala.
Lazimnya rambut berwarna hitam. Namun sesetengah orang rambutnya berwarna
perang terutamanya pada mereka yang tinggal di Barat. Rambut boleh
kehilangan warna kerana kekurangan melanin iaitu bahan pewarna semulajadi yang
terdapat di dalam badan yang juga dikenali sebagai pigmen.
Apabila usia semakin meningkat, penghasilan pigmen dalam folikel
rambut semakin menurun dan mungkin akan berhenti membekalkan bahan perwarna dan
menyebabkan rambut menjadi putih atau beruban.
Bagaimanapun seluruh
rambut tidak akan beruban dalam masa yang singkat kerana ia mengambil masa 10
hingga 20 tahun. Waktu seluruh rambut akan beruban bergantung kepada tempoh jam
biologi masing-masing.
PENJAGAAN KULIT KEPALA & RAMBUT
CARA MEMBUATNYA:
1. Basuh bersih limau purut.
2. Potong nipis sedikit (supaya senang nak kisar)
3. Kisar limau purut dengan air yang sedikit (jika
mahu scrub menjadi pekat). Kalau nak kasar, kisar sekejap saja.
4. Masukkan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti
sejuk. Bila nak guna ambil sedikit sahaja. Senangkan.
Lumur macam biasa dan jadikan seperti syampu. Lakukan
urutan lebih sikit di kepala anda secara menyeluruh. Biar semua kawasan rambut
kena skrub beraroma hebat ni. Biarlah sekejap pada kepala dan kemudian barulah
dibilas seperti biasa. Hasilnya rambut lebih sihat, segar malah baunya pun
wangi.
No comments:
Post a Comment