Tuesday, March 13, 2018

PERKARA YANG PERLU DIUBAH KETIKA MENYEDIAKAN MAKANAN


Makanan merupakan bahan-bahan yang boleh dicerna, biasanya terdiri dari karbohidrat, lemak, air dan/atau protein, yang boleh dimakan atau diminum oleh manusia dan haiwan untuk mendapat nutrien dan/atau nikmat. Kebanyakan budaya mempunyai masakan tersendiri: tradisi dan cara memasak khas, keutamaan dan amalan. Kajian mengenai ini dinamakan gastronomi . Kajian mengenai makanan pula dipanggil sains makanan.

PERKARA YANG PERLU DIUBAH KETIKA MENYEDIAKAN MAKANAN

Pelbagai perkara yang perlu diubah ketika menyediakan makanan antaranya:

1. Memanaskan lebihan makanan yang sudah disejukkan. Apabila makanan dipanaskan ia menyebabkan penghasilan bahan kimia daripada makanan dan ia semakin bertambah apabila dipanaskan beberapa kali. Sebaiknya pastikan makanan yang anda masak habis setiap hari. Mengambil makanan yang sedia dimasak menjadikan tubuh lebih sihat.

2. Elakkan membeli makanan kerana kandungan garam, minyak dan gula yang terlalu tinggi berbanding dimasak sendiri.

3. Berhenti makanan sebelum kenyang. Bahagikan perut anda kepada empat bahagian. Isi dua bahagian dengan makanan pejal, satu bahagian cecair dan tinggalkan bahagian keempat. Perut hanyalah sebesar genggaman tangan anda saja.

4. Periksa asal-usul makanan yang anda makan. Misalnya tauhu dan pelbagai cendawan adalah makanan yang biasa di Malaysia, namun bagi masyarakat luar mungkin ia susah dihadam.

5. Elakkan makan makanan berat pada waktu malam sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur. Ini mengelak organ badan memproses makanan ketika anda sedang tidur.

6. Perlunya mempunyai emosi yang tenang dan gembira ketika menyediakan makanan kerana ia akan mempengaruhi diri anda. Selain itu jangan bercakap perkara negatif ketika makan.

7. Makan dalam keadaan bersih sebaiknya mandi terlebih dulu. Jangan sekali-kali makan selepas melakukan senaman fizikal atau apabila anda tertekan, marah atau bosan.

8. Bersyukur dengan setiap hidangan yang diberikan. Tumpukan pada makanan di meja makan bukan di hadapan televisyen, radio atau berbual terlalu banyak.

9. Selepas makan bersihkan tangan dan mulut dengan baik serta berjalan selama beberapa saat.



No comments:

Post a Comment