Jerawat atau acne
vulgaris merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh
disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin
disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan
salah penjagaan kulit.)Sekiranya
jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya
parut yang berkekalan.
Jerawat secara amnya merupakan
suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah
keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering
muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit
badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi
telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan
wanita. Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang
berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar
minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh
golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan
yang normal.
CARA HILANGKAN PARUT
JERAWAT
1] MADU
Madu sememangnya terkenal sebagai
pelembap semula jadi yang memberi banyak manfaat dalam bidang kecantikan.
Selain membantu mengurangkan parut jerawat, ia juga boleh menjadikan wajah
tampak lebih bersinar dan cerah. Untuk mengurangkan parut jerawat, sapu madu
asli pada bahagian parut jerawat di wajah anda. Urut wajah secara lembut dan
biarkan selama 15 minit. Setelah itu bilas dengan air bersih.
2] LEMON
Lemon mempunyai
kandungan yang boleh mencerahkan tona kulit, membuang sel kulit mati dan menjadikan
kulit wajah lebih elastik. Malah patinya juga boleh membantu mengurangkan parut
jerawat pada wajah. Sapu pati lemon pada parut berjerawat dan biarkan selama 15
minit sebelum membasuhnya dengan air bersih.
3] MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun bukan sahaja
berkhasiat untuk kesihatan malah bagus untuk menghilangkan kesan jerawat.
Sapukan minyak zaitun terutamanya pada bahagian wajah yang berparut jerawat.
Selain mengurangkan parut jerawat, penggunaan yang konsisten juga boleh
menjadikan wajah awet muda dan berseri.
4] PUTIH TELUR
Sediakan sebiji telur
ayam kampung, kemudian pisahkan antara kuning dan putihnya. Campurkan putih
telur dan pukul hingga mengembang. Kemudian oleskan pada kulit wajah
terutamanya yang bernoda hitam disebabkan oleh parut jerawat. Biarkan hingga
kering, kemudian bilas dengan air.
5] LIDAH BUAYA
Lidah buaya dipercayai memiliki
banyak khasiat semula jadi terutamanya untuk menghilangkan parut di wajah.
Kajian saintifik membuktikan bahawa lidah buaya mempunyai bahan yang dapat
mempercepatkan proses pembentukan sel kulit baharu. Untuk menggunakannya, anda
perlu potong daun lidah buaya dan sapukan lendir bahagian dalam lidah buaya ke
parut jerawat. Biarkan lendir itu kering sendiri dan meresap ke dalam kulit.
Selepas itu, anda boleh mencuci wajah dengan air suam sehingga bersih.
6] MASKER BERAS
Beras juga tidak ketinggalan
menawarkan banyak khasiat untuk kecantikan kulit. Untuk membuat masker beras,
ambil segenggam beras yang belum dicuci dan tumbuk hingga halus. Rendamkan ia
semalaman dengan segelas air. Keesokan harinya, buang air jernih yang terdapat
di bahagian atas. Gunakan mendapan pekat putih pada lapisan bawah. Campurkan
bahan tadi bersama satu sudu kecil madu. Sapukan ke wajah terutamanya pada
bahagian yang berparut. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas dengan air
suam. Amalkan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
7] ASAM JAWA
Asam jawa yang sering digunakan
dalam pelbagai menu masakan juga boleh membantu menjaga kulit wajah dan
mengurangkan kesan jerawat. Caranya mudah sahaja. Ambil sedikit asam jawa dan
bancuh dengan air masak. Pastikan bancuhan itu tidak terlalu cair. Kemudian
sapukan ramuan tadi pada kulit yang berparut kira-kira 20-30 minit. Biarkan ia
kering dan bilas dengan air bersih. Walau bagaimanapun petua ini kurang sesuai
diamalkan bagi anda yang miliki kulit kering.
8] JUS TIMUN
Timun sangat bagus sebagai
penyegar semula jadi untuk kulit, selain memperbaiki tekstur kulit,
menyembuhkan, melembapkan wajah dan membuatkan kulit wajah kelihatan awet muda.
Kandungan airnya boleh menyegarkan kulit wajah, malah cara pemakaiannya juga
mudah. Anda hanya perlu hiris timun segar dan tepekkan pada wajah yang
berparut. Biarkan selama 20-30 minit kemudian cuci wajah anda dengan air sejuk.
Amalkan setiap hari agar kesan parut itu hilang.
No comments:
Post a Comment