Monday, February 26, 2018

PETUA RAWAT SEMBELIT


SEMBELIT
Konstipasi atau sering disebut sembelit adalah kelainan pada sistem pencernaan di mana seorang manusia (atau mungkin juga pada haiwan) mengalami pengerasan tinja yang berlebihan sehingga sukar untuk dibuang atau dikeluarkan dan dapat menyebabkan kesakitan yang hebat pada penderitanya. Konstipasi yang cukup hebat disebut juga dengan obstipasi. Dan obstipasi yang cukup parah dapat menyebabkan kanker usus yang berakibat fatal bagi penderitanya.

PETUA RAWAT SEMBELIT
Anda mengalami masalah sembelit iaitu sukar buang air besar? Cubalah mana-mana petua sembelit di bawah.

1) Makan buah pisang atau betik selalu.

2) Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini dua kali sehari sehingga sembuh.

3) Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.

4) Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.

TANDA TANDA SERANGAN JANTUNG


JANTUNG
Jantung atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai heart (Latin, cor) merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang. Istilah kardium bermaksud berkaitan dengan jantung, berasal dari perkataan Greek kardia untuk "jantung".

SAKIT JANTUNG YANG BIASA ADALAH
ü Penyakit jantung koronari (coronary heart disease), terhasil akibat pengumpulan mendapan ateromatus dalam dinding ateri yang membekalkan miokardium.

ü Penyakit jantung hipertensif (hypertensive heart disease), penyakit yang berciri-cirikan tekanan darah tinggi kepada jantung.

ü Kegagalan jantung (heart failure), penyakit yang membabitkan jantung gagal mengekalkan aliran darah.

ü Kor pulmonale (pulmonary heart disease), kegagalan pada ventrikel kanan jantung.

ü Penyakit serebrovaskular, penyakit yang terjadi pada salur darah ke serebrum atau otak

ü Kajian mengenai jantung, dan sakit jantung, adalah kardiologi.

TANDA-TANDA SERANGAN JANTUNG

ü Ketidak selesaan, tekanan, berat, atau sakit di dada, lengan, atau di bawah tulang dadaKetidakselesaan memancar ke belakang, rahang, tekak, atau lenganKebengkakan, pencernaan, atau perasaan tercekikBerpeluh, loya, muntah, atau peningKelemahan yang melampau, kebimbangan, atau sesak nafas Sentuhan jantung yang cepat atau tidak teratur

ü Semasa serangan jantung, gejala awal serangan jantung biasanya berlangsung 30 minit atau lebih dan tidak dilepaskan oleh ubat lain atau ubat oral. Tanda serangan jantung mungkin bermula sebagai ketidakselesaan yang ringan yang kemudiannya menjadi kesakitan yang ketara.

ü Sesetengah orang mempunyai serangan jantung tanpa sebarang tanda tanda penyakit jantung, yang dikenali sebagai “senyap” iaitu miokardium infarksi (MI). Ia berlaku lebih kerap pada pesakit diabetes. Rawatan serangan jantung segera adalah sangat penting untuk mengurangkan jumlah kerosakan pada jantung anda dan tanda tanda serangan jantung perlu diambil perhatian dengan lebih lagi.