SEMBELIT
Konstipasi atau
sering disebut sembelit adalah kelainan pada sistem pencernaan di mana seorang
manusia (atau mungkin juga pada haiwan) mengalami pengerasan tinja yang
berlebihan sehingga sukar untuk dibuang atau dikeluarkan dan dapat menyebabkan
kesakitan yang hebat pada penderitanya. Konstipasi yang cukup hebat disebut
juga dengan obstipasi. Dan obstipasi yang cukup parah dapat menyebabkan kanker
usus yang berakibat fatal bagi penderitanya.
PETUA RAWAT SEMBELIT
Anda mengalami
masalah sembelit iaitu sukar buang air besar? Cubalah mana-mana petua sembelit
di bawah.
1) Makan buah
pisang atau betik selalu.
2) Ambil dua biji
pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas
air. Amalkan minum air pisang ini dua kali sehari sehingga sembuh.
3) Dapatkan akar
temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air
secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.
4) Rebus daun
gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.
No comments:
Post a Comment