Berikut antara tanaman herba yang mengundang ancaman kepada kesihatan jika pengambilannya berlebihan :
HEMPEDU BUMI
Tanaman yang hidup liar seperti rumpai ini mempunyai banyak khasiat. Antaranya, melegakan kembung perut, darah tinggi dan sebagainya, Ia adalah sejenis ubat dan bukan supplement. Oleh itu, pengambilanya disarankan tidak lebih dari 2 minggu. Untuk tujuan rawatan, ambil 3 hingga 5 helai daun yang direndam didalam air kosong. Pengambilan berterusan dan tidak mengikut dos yang ditetapkan boleh menyebabkan masalah hati.
DAUN RERAMA
Dulu pernah viral tanaman ini. tiba-tiba harga pokok rerama ini naik tinggi kerna menjadi buruan dan viral disebabkan oleh harga dan manfaatnya yang tinggi. Tapi sekarang sudah makin dilupakan. Rerama sebenarnya adalah dari keluarga oxalis iaitu sejenis tumbuhan yang tinggi kompaun oxalate. Pengambilanya yang berterusan dalam tempoh yang lama akan menyebabkan pembentukkan kristal atau batu karang di dalam sistem respirasi manusia.
POKOK SAMBUNG NYAWA
Pokok herba yang mudah hidup ini pun antara tanaman herba vairal. Kebiasaanya, kaedah pengambilan yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia dengan menjadikan pucuk nya sebagai ulam atau jus bagi merawat masalah diabetis, kanser, kolestrol dan pelbagai lagi. Namun pengambilanya dalam tempoh yang lama secara kerap akan merosakkan hati. Hal ini disebabkan oleh kandungan toksik yang tinggi. Antara tanda awal keracun disebabkan oleh amalan pengambilan daun ini adalah apabila mata kelihatan merah.
MAHKOTA DEWA
Banyak warung menyediakan minum kopi campuran yang mempunyai perisa mahkota dewa. Dan ia sentia menjadi kegemaran mereka yang suka melepak di warung. Ada tu sehari tak pekena secawan kopi mahkota dewa, rasa semacam sahaja badan. Betul tak? ha… ini lah hakikatnya, mahkota dewa bersifat steroid. Ia menyebabkan badan anda berasa sihat. Seperti mana pengambilan steroid yang lain, pengambilan jagka panjang melemahkan sitem imunisasi. Bila sistem imunisasi lemah, kita senang nak kena penyakit berjangkit dan juga kanser.
DAUN MULBERI
Bagi ainda yang mengalami masalah jantung tersumbat, boleh cuba mengamalkan daun ini kerana ia bersifat mencairkan darah. Oleh itu, bagi wanita yang sedang haid, baru lepas bersalin, terluka, atau baru selesai pembedahan, elakkan mengambil daun ini. Ini kerana ia akan mencairkan darah anda. Pengambilannya hanya disarankan sekali sekala. pengambilan berlebihan bagi orang normal akan menyebabkan saluran darah kecil mudah pecah. Antara tanda darah terlalu cair, terdapat lebam tanpa sengaja pada badan. Paling teruk, pada mata akan terbit darah.
No comments:
Post a Comment