Friday, March 29, 2019

PETUA ORANG DULU DULU

BATUK
Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkansedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangipetua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.

CIRIT BIRIT
Buat bubur nasi dan campur sedikit garam. Tapis airnya dan minum sewaktu air itu panas suam. Amalkan dua kali
sehari sehingga cirit birit awda hilang.

DIGIGIT KALA JENGKING
Tumbuk lada hingga halus lalu dicampurkan dengan minyak kelapa secukupnya. Setelah itu ditampalkan pada tempatyang terkena gigitan kala-jengking tersebut. Memang pada mulanya tidak terdapat sebarang reaksi, kecuali rasa panas dari lada tersebut. Insya Allah lima minit kemudian denyutnya akan berkurangan dan akan terhenti terus dalam masa lima belas minit.

HIDUNG BAYI TERSUMBAT
Ambil beberapa sudu air bersih dan taruh dalam piring kecil dengan dicampurkan sedikit garam. Hancurkan garam itu dengan tangan supaya sebati dengan air tersebut. Kemudian usaplah air itu pada tulang hidung bayi itu perlahan-lahan ketika ia mahu tidur. Ulangi beberapa kali sehingga bayi itu terlelap, dengan cara ini anak anda akan tidur nyenyak dan tidak meragam.

HILANGKAN GATAL GIGITAN NYAMUK
Ambil sebatang rokok, buangkan kertas pembalut tembakaunya. Campurkan tembakau tersebut dengan air, ramas dan sapukan pada bahagian yang gatal digigit nyamuk atau binatang kecil.

No comments:

Post a Comment