Friday, March 29, 2019

Petua Mengeluarkan Batu Karang secara tradisional

PETUA YANG BOLEH DIAMALKAN

1. Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama 5 hari berturut-turut.

2. Hari ke-6, jangan makan malam.

Pada pukul 6 petang, makan satu sudu camca garam Epsom (magnesium sulphate), boleh beli di kedai farmasi.

Pukul 8 malam ulang makan garam epsom.

Pukul 10 malam, campurkan satu cawan minyak zaitun (250 ml) ataupun minyak bijan dan setengah cawan jus lemon segar (perah 3 biji lemon).

Campur minyak zaitun dengan jus lemon dan minum.

Dengan izin Tuhan, semasa membuang air besar keesokan paginya, kelihatan batu karang keluar.

Boleh guna epal hijau atau merah, asalkan epal tetapi lagi bagus epal hijau.

Gunalah berapa biji epal pun kerana tiada bilangan yang tetap asalkan cukup 4 gelas ataupun 1 liter.

Langkah-langkah mencegah berlakunya penyakit batu karang ataupun mengurangkan risiko penyakit :

1. Minum air sekurang-kurangnya 1.5 liter sehari. Ianya akan mengurangkan kepekatan garam dan mineral.. Minum lebih kerap adalah lebih baik.

2. Elakkan minuman berkarbonat dan kurangkan minuman manis yang lain.

3. Kurangkan pengambilan makanan yang banyak garam termasuk ikan masin dan seumpamanya. Dengan ini, ianya akan membantu mengurangkan jumlah kalsium dalam air kencing.

4. Banyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran berserat.

5. Kurangkan pengambilan makanan sumber protein haiwan dan gantikan dengan protein tumbuhan.

6. Kurangkan pengambilan susu dan produk tenusu yang tinggi kalsium. Kalsium berlebihan akan dikeluarkan oleh air kencing dan meningkatkan risiko penyakit batu karang.

No comments:

Post a Comment