Saturday, March 30, 2019

PETUA HILANGKAN KARANG GIGI


JAMBU BATU

Menurut kajian bahawa jambu batu sangat bermanfaat untuk membantu meruntuhkan karang gigi yang melekat. Menurut laporan yang telah dimuat di Journal of Applied Microbiology mengatakan hasil dalam sebuah kajian yang dilakukan di India bahawa dengan memakan jambu batu dapat dijadikan sebagai ubat semulajadi untuk mengatasi penyakit yang berhubungan dengan gusi. Selain itu, kandungan zat yang terdapat pada jambu batu sangat bagus untuk membasmi kuman dan bakteria yang berkembang di dalam mulut dan menjadi penyebab pembentukan plak di gigi.

Cara menghilangkan karang gigi dengan jambu batu cukup mudah, anda boleh terus mengunyah jambu batu yang telah dipotong-potong dan diberi sedikit garam dan pastikan anda mengunyahnya pada bahagian gigi yang terdapat karang gigi. Untuk mendapatkan hasil dengan cepat, maka lakukan cara ini 1-2 kali sehari sampai karang gigi hilang.

No comments:

Post a Comment