Za’faran adalah sejenis pokok
herba dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak
bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui
hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu
hektar tanah. Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran
mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.
Filamen Za’faran,
sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setiap bunga tersebut hanya
mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za’faran (Saffron) merupakan rempahan yang
paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za’faran boleh mencecah dari
RM1,700.00 hingga RM23,000.00 sekilo.
Khasiat utama
Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan.
Amat baik jika dimakan bersama madu asli.
Za’faran adalah
sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat dan terkenal
kegunaannya dalam bidang perubatan. Malah ianya sebagai bahan campuran semula
jadi dalam pelbagai jenis makanan dan minumam serta di bidang kosmetik.
Ulamak-ulamak
perubatan Islam telah membuat kajian dan mengesahkan tentang khasiat-khasiatnya
sebagaimana yang tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam. Malah ahli-ahli
perubatan moden barat juga telah mengakui tentang kehebatan za’faran ini.
Bagi mendapatkan 10
grams stigma(filament) za’faran, ianya memerlukan 1000 kuntum bunga za’faran.
Maka tidak hairanlah harganya mencecah sehingga RM 20,000.00 per kilogram. Ia
juga dikenali sebagai salah satu herba yang paling mahal di dunia.
Za'faran merupakan
herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices
". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk
kecerdasan minda.
CARA MENGGUNAKAN ZA'FARAN
INI AMAT MUDAH
Mengamalkan minum
susu kambing dicampur dengan sedikit zafaran 2 cawan sehari, pagi semasa
sarapan, malam sebelum tidur (untuk mengelakkan bayi kena demam kuning).
ATAU
Campur 6
stigma(filament) za'faran untuk 500ml air suam. Boleh dicampurkan dengan apa
juga jenis minuman. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan malam). Sesuai
diamalkan oleh semua peringkat umur dan selamat diambil oleh ibu-ibu
mengandung. Sekiranya anak-anak masih lagi minum susu botol, campurkan sedikit
air rendaman za'faran dalam bancuhan susu botol anak.
ATAU
Ambil 3 filamen
za'faran dimakan bersama satu sudu kecil madu asli 2 kali sehari. 1 sudu waktu
pagi dan 1 sudu waktu malam.
Zafaran ini adalah
asli berbentuk filamen dan tidak dicampur bahan lain. TIADA KESAN SAMPINGAN.
KEBAIKAN ZA'FARAN
Membantu pencernaan makanan
Menghindarkan batuk
dan radang paru-paru
Mengurangkan masalah
tidak boleh tidur malam
Memberi ketenangan
kepada kanak-kanak waktu tumbuh gigi
Membantu mengeluarkan
angin yang terkumpul di sistem pencernaan perut
Air anti spashodic
ZA'FARAN telah
digunakan semenjak beribu tahun dahulu oleh 'therapist' dan pengusaha-pengusaha
perubatan herba sebagai ramuan ubat seperti:
Melancarkan haid yang
tidak menentu
Awet muda dan
menambah tenaga zahir dan batin
Baik untuk sakit
kepala bila ditampal di kepala
Membantu menenangkan
jiwa yang tertekan
No comments:
Post a Comment