Friday, November 27, 2020

KHASIAT BUAH TIN

Pokok Ara atau pokok Kayu Ara, (bahasa Inggeris: ficus) merupakan genus untuk kira-kira 800 spesies pokok berkayu, pokok renek, dan pokok menjalar dalam famili Moraceae. Pokok ini berasal dari seluruh kawasan tropika, dengan beberapa spesies yang bertumbuh juga di kawasan iklim sederhana yang hangat. Kebanyakan spesies adalah malar hijau, sedangkan pokok-pokok di kawasan iklim sederhana dan kawasan yang mempunyai musim kering yang panjang adalah pokok luruh daun.

Buah ara yang dikeringkan juga dipanggil buah tin, sempena nama pokok Ara dalam Al Quran. Ini kerana jemaah haji membeli buah dari pedagang Arab yang memanggilnya dengan nama tempatan. Terdapat pendapat yang menyatakan buah tin merupakan antar tumbuhan terawal yang ditanam manusia

Buah tin nie sebenarnya banyak sangat khasiat. Antara khasiat buah tin termasuklah : 

  • Membantu turunkan tekanan darah tinggi
  • Menurunkan berat badan
  • Melindungi diri dari barah payudara
  • Membantu pesakit diabetes
  • Menjaga kesihatan kardiovaskular
  • Mengelakkan masalah sembelit
  • Menguatkan tulang





CARA MENGHILANGKAN KESAN BAU PADA PAPAN PEMOTONG

Biasa la tiap tiap hari kita guna papan pemotong bila memasak kan.  Nak nak lagi bila potong ayam, daging atau ikan. Mesti ada bau hanyir melekat di situ. Takpe, jangan risau kita boleh hilangkan bau hanyir tersebut dengan menggunakan kekdah yang simple je.

BAHAN BAHAN

  • 1 biji limau nipis (dipotong dua bahagian)
  • Papan pemotong


CARA CARA

  • Ambil sebiji limau nipis dan potong kepada dua bahagian. 
  • Sapukan atau gosokkan limau tersebut pada keseluruhan papan pemotong. Biarkan seketika. Kemudian baru la dibilas bersih.
  • Hasilnya bau hanyir yang melekat pada papan pemotong tadi dah hilang.