Sunday, September 24, 2017

Pengetahuan tentang Geran Tanah

Pengetahuan tentang Geran Tanah

Bukan sengaja tapi memang masih ramai lagi dari kalangan anak muda atau generasi baru yang masih tidak mengerti istilah-istilah yang biasa diguna pakai berkaitan dengan geran tanah. Saya sendiri pada mulanya agak keliru juga dengan istilah tapi sekarang tidak lagi. Maka saya gembira kalau dapat kongsikan pengetahuan asas ini kepada mereka yang masih tidak tahu.

Tentang Title Geran tanah:

NT = Native Title
FR = Field Register
TL = Town Lease
CL = Country Lease
PL = Provisional Lease

Manakala beza diantara Freehold dan Leasehold adalah seperti di bawah:

Freehold / pegangan kekal
• Native Titles (N.T.)
• Field Registers (F.R.)

Leasehold / Pegangan pajakan
• Town Lease (T.L.)
• Country Lease (C.L.)
• Provisional Lease (P.L.)

Kalau tiba suatu hari nanti kita ada keinginan mahu membeli sebidang tanah  sekurang-kurangnya kita tidak rasa terlalu asing lagi dengan istilah-istilah ini. Tambah sikit-sikit pengetahuan, lama-lama jadi  pandai.

http://myukur.blogspot.my/2012/08/istilah-geran-tanah.html?m=1

Terdapat 3 jenis hak milikan tanah  iaitu :

1)    Tanah Hak Milik Kekal
a.    Status pegangan adalah untuk selama-lamanya tanpa sebarang had masa.  Kadar kenaikan harganya tinggi dan merupakan satu pelaburan yang baik untuk jangka panjang.  Urusan niaga tanah hak milik kekal adalah mudah kerana tidak perlu mendapatkan kelulusan pihak berkuasa negeri.

b.    Bagi menjamin hak dan keistimewaan kaum Bumiputera di Malaysia, sesetengah tanah hak milik kekal ada sekatan pegangan contohnya Tanah Rizab Melayu/ Bumiputera yang hanya boleh dimiliki atau dijual kepada kaum Bumiputera sahaja.

c.    Tanah hak milik kekal tanpa sekatan pegangan (freehold) merupakan tanah yang paling berharga.  Tanah ini boleh dipindah milik kepada sesiapa sahaja termasuk kepada bukan Bumiputera atau disebaliknya.

2)    Tanah Hak milik Pajakan (Leasehold)
a.    Merupakan tanah yang diberi pajakan oleh pihak berkuasa negeri untuk tempoh tertentu biasanya 99 tahun.  Anda hanya memajak tanah tersebut dalam tempoh tertentu (99 tahun) dan bermakna anda bukanlah pemilik yang mutlak.

b.    Apabila tamat tempoh pajakan, tanah anda akan diambil semula tanpa pampasan.  Anda boleh menyambung atau memanjangkan tempoh pajakan kepada maksimum 99 tahun dengan membayar sejumlah premium kepada pihak kerajaan negeri.


c.    Urusan jual beli tanah pajakan perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa negeri dan menjadi bertambah sukar serta memakan masa yang lama.  Kenaikan harga tanah pajakan tidaklah setinggi tanah hak milik kekal (freehold).  Jika anda ingin membeli tanah pajakan, pastikan yang pajakannya perlu tidak kurang daripada 75 tahun dan terbaik melebehi 99 tahun.

MASUK NERAKA GARA2 NIKAH CUMA 1 KALI

*MASUK NERAKA GARA2 NIKAH CUMA 1 KALI*
※※※※※※※※※
Seorang lelaki Muslim yang kayaraya serta ahli  ibadah meninggal dunia lalu masuk neraka.

Malaikat  :  *Berapa banyak rumahmu?*
Fulan        :  *Empat*
Malaikat   :  *Keretamu?*
Fulan         :  *Lima*
Malaikat   :  *Kamu gunakan untuk apa   saja hartamu?*
Fulan         :  *Saya berhaji setiap 5 tahun sekali, umrah tiap tahun, infaq shadaqah tiap hari, bahkan banyak masjid yg saya bantu pembangunan nya.*

Malaikat   :  *Oke silakan masuk syurga.*
*Si Fulan berjalan dengan mantap menuju pintu syurga, tapi kemudian malaikat memanggilnya lagi.*
Malaikat   :  *Hei Fulan, tunggu ada satu pertanyaan lagi.*
Fulan         :  *Apalagi yang akan ditanyakan?*
Malaikat   :  *Hei Fulan berapa orang isterimu?*
Fulan         :   *Cuma satu*
Malaikat    :   *Kenapa cuma satu?. Kamu orang kaya dan mampu, tapi cuma beristeri satu.*
Fulan          :   *Saya takut dengan isteri saya.*
Malaikat     :   *Nah ini masalahnya. Kamu tidak jadi masuk syurga ... Silakan menuju neraka .. segera!!*
Fulan           :  *Kenapa? Apa salah dan dosa saya?*
Malaikat      :  *Takut itu hanya kepada Allah SWT. Kamu malah takut kepada isteri. Itulah yg menyebabkan kamu harus masuk neraka.*
Fulan           :  *Waduh.... Kalau tau begini nyesal tak nikah lagi.*

Semoga boleh menjadi pelajaran bagi kita
kerana Allah SWT. berfirman :
*“Janganlah kalian takut kepada manusia dan takutlah kalian kepada-Ku.”*
(F.A.Q.S. Al Maidah : 44)
●●●●●●

*Kesimpulannya..lelaki elok kwin 4*