Saturday, July 29, 2017

10 CARA RAWATAN ASMA YANG BOLEH DILAKUKAN DI RUMAH




Boleh dikatakan kalau asma merupakan penyakit yang sangat mengancam kehidupan dan harus mendapat perhatian serius. Untuk melakukan hal tersebut kita hanya memerlukan beberapa bahan alami yang boleh mengurangkan gejala asma. Sebahagian besar bahan-bahan tersebut berasal dari dapur, jadi selepas baca artikel ini kita boleh terus amalan.


1. HALIA
Selama ini halia terkenal akan sifat anti-inflamasinya. Dalam merawat asma, halia adalah salah satu yang paling umum. Dengan sepotong halia setiap hari yang dimasukan ke dalam teh hangat boleh mengurangkan sesak nafas akibat asma.

2. BAWANG MERAH
Bawang mempunyai bau yang sangat tajam dan menusuk hidung. Bagi sebahagian orang, bahkan chief sekalipun sangat mengelakkan bau bawang ini kerana boleh membuat mereka berlinang air mata. Namun bagi pesakit asma, kesan bawang yang luar biasa ini justru sangat menguntungkan. Untuk mendapatkan manfaat bawang, kita hanya menambah bawang mentah ke dalam menu makanan. Sifat anti-inflamasi pada bawang juga mampu melegakan saluran nafas. Namun risikonya, anda perlu menanggung bau badan untuk beberapa saat.

3. AIR REBUSAN BAWANG PUTIH
Minum setengah cawan rebusan bawang putih setiap hari boleh mengurangkan gejala-gejala asma. Ramuan ini mampu membersihkan paru-paru sehingga boleh aliran udara menjadi lancar. Untuk mendapatkan manfaat daripada bawang putih ini, kita hanya perlua merebus kira-kira 12 ulas bawang putih dalam setengah cawan air. Lepas minum Ramun ini satu kali setiap hari. Sebaiknya diambil sebelum tidur atau di pagi hari.

4. MENGHIRUP MINT
Mint mampu menyegarkan mulut dan juga boleh mengurangkan terjadinya serangan asma. Dianjurkan penggunaan wap mint untuk mengatasi pembengkakan dan keradangan pada saluran pernafasan. Menghirup wap mint boleh dilakukan dengan memasukkan titisan minyak pudina ke dalam steamer, atau dengan menghirup teh pudina. Jika tidak ada masalah dengan ruang, menanam pokok pudina di luar tingkap atau menyediakan pot mint di dalam bilik juga boleh menjadi alternatif.

5. KOPI PANAS
Kopi boleh menjadi penawar dan rawatan asma yang paling mudah untuk dilakukan di rumah. Kopi boleh mengubati asma kerana ada wap yang disedut semasa minum kopi. Untuk itu, disarankan agar minum kopi yang masih panas. Hasil kajian juga menunjukkan banyak manfaat lain dari minum kopi selain sebagai ubat asma.

6. BUAH ARA ATAU TIN
Beberapa hasil kajian menunjukkan bahawa buah ara bermanfaat untuk mengubati batuk dan melegakan masalah pernafasan. Rendam buah ara selama semalam dan minum di saat perut kosong. Jika anda ingin menjadikan ia lebih enak ketika dinikmati, rebus beberapa buah ara yang sudah bersih, lalu saring dan campurkan dengan susu. Hal ini tentu akan terasa lebih nikmat.

7. SAYUR DAN BUAH-BUAHAN ORGANIK
Pengambilan sayur dan buah-buahan organik merupakan bahagian dari pola makan yang sihat. Pengambilan makanan organik daripada makanan junk food itu lebih baik kerana junk food biasanya menyebabkan lemak dan menyebabkan asma. Tapi bila anda mahu, anda boleh makan burger untuk sekali waktu, jangan sering-sering.

8. BERSENAM SETIAP HARI

Tidak ada alasan untuk tidak bersenam hanya kerana anda menderita asma. Bersenam setiap hari sangat dianjurkan, sukan yang baik bagi benderita asma boleh yoga, jalan-jalan, atau berenang. Cuba untuk lari-lari kecil, jika masih terlalu merasa keletihan, anda boleh jalan kaki saja.

9. ASAM LEMAK OMEGA 3
Asid lemak omega 3 ditemui dalam salmon, tuna, atau ikan kembung boleh membantu keradangan pada saluran pernafasan tetap terkawal. Dan hasilnya adalah pengurangan serangan asma.

10. MADU
Madu adalah satu-satunya bahan semulajadi tertua yang sangat berkesan untuk melegakan asma. Alkohol dan minyak ethereal pada humektan ini membantu meringankan gejala asma. Cukupmenelan satu sudu teh madudengan serbuk kayu manis setiap hari. Ini akan membersihkan saluran udara anda dan membolehkan anda untuk tidur lebih lena.

Thursday, July 27, 2017

mesej ibu bapa

*Apa rasanya kalau ibu/bapa sendiri yg hantar mesej berikut?*

*Anakku...*

_Bila aku tua,_
_Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,_
_Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,_
_Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit._
_Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku._

😔 *Anakku...*

_Bila aku tua,_
_Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,_
_Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,_
*"mak pekak ke?",*
*"mak bisu ke? "*
*"tak dengar ker??"..*

_Aku minta maaf anakku._
_Aku semakin_ *MENUA...*

😟 *Anakku...*

_Bila aku tua,_
_Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,_
_Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,_
_Semua itu adalah sebahagian dari proses_ *MENUA.*
_Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua._

😣 *Anakku...*

_Bila aku tua,_
_Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,_
_Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku._
_Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi._
_Badan aku lemah._
_Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri._
_Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil._

😷 *Anakku...*

_Bila aku tua,_
_sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku._

😭 *Anakku....*
_Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba,_ _Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian._
_Jangan cemas._  
_Jangan menangis._
_Hadapi dengan redha._
_Aku berjanji pada kamu._
_Bila aku bertemu_ *Allah.*
_Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku._

_Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku...._

_Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku..._
_Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri.._

🔴 *Menjadi ikhtibar pada kita kalau masih ada ibubapa dan postlah posting diatas kepada WA group keluarga atau WA peribadi keluarga sendiri sebab kita taknak kita atau anak2 kita sentiasa berdosa dengan ibubapa kita atau ibubapa mereka...*

*RENUNG2 KAN LAH......*
*SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK....DAN SAMPAI KETIKANYA  NANTI KITALAH EMAK/AYAH*.