Boleh dikatakan kalau asma merupakan penyakit yang
sangat mengancam kehidupan dan harus mendapat perhatian serius. Untuk melakukan
hal tersebut kita hanya memerlukan beberapa bahan alami yang boleh mengurangkan
gejala asma. Sebahagian besar bahan-bahan tersebut berasal dari dapur, jadi
selepas baca artikel ini kita boleh terus amalan.
1. HALIA
Selama ini halia terkenal akan sifat anti-inflamasinya. Dalam
merawat asma, halia adalah salah satu yang paling umum. Dengan sepotong halia
setiap hari yang dimasukan ke dalam teh hangat boleh mengurangkan sesak nafas
akibat asma.
2. BAWANG MERAH
Bawang mempunyai bau yang sangat tajam dan menusuk hidung. Bagi
sebahagian orang, bahkan chief sekalipun sangat mengelakkan bau bawang ini
kerana boleh membuat mereka berlinang air mata. Namun bagi pesakit asma, kesan
bawang yang luar biasa ini justru sangat menguntungkan. Untuk mendapatkan
manfaat bawang, kita hanya menambah bawang mentah ke dalam menu makanan. Sifat
anti-inflamasi pada bawang juga mampu melegakan saluran nafas. Namun risikonya,
anda perlu menanggung bau badan untuk beberapa saat.
3. AIR REBUSAN BAWANG PUTIH
Minum setengah cawan rebusan bawang putih setiap hari boleh
mengurangkan gejala-gejala asma. Ramuan ini mampu membersihkan paru-paru
sehingga boleh aliran udara menjadi lancar. Untuk mendapatkan manfaat daripada
bawang putih ini, kita hanya perlua merebus kira-kira 12 ulas bawang putih
dalam setengah cawan air. Lepas minum Ramun ini satu kali setiap hari.
Sebaiknya diambil sebelum tidur atau di pagi hari.
4. MENGHIRUP MINT
Mint mampu menyegarkan mulut dan juga boleh mengurangkan
terjadinya serangan asma. Dianjurkan penggunaan wap mint untuk mengatasi
pembengkakan dan keradangan pada saluran pernafasan. Menghirup wap mint boleh
dilakukan dengan memasukkan titisan minyak pudina ke dalam steamer, atau dengan
menghirup teh pudina. Jika tidak ada masalah dengan ruang, menanam pokok pudina
di luar tingkap atau menyediakan pot mint di dalam bilik juga boleh menjadi
alternatif.
5. KOPI PANAS
Kopi boleh menjadi penawar dan rawatan asma yang paling mudah
untuk dilakukan di rumah. Kopi boleh mengubati asma kerana ada wap yang disedut
semasa minum kopi. Untuk itu, disarankan agar minum kopi yang masih panas.
Hasil kajian juga menunjukkan banyak manfaat lain dari minum kopi selain sebagai
ubat asma.
6. BUAH ARA ATAU TIN
Beberapa hasil kajian menunjukkan bahawa buah ara bermanfaat untuk
mengubati batuk dan melegakan masalah pernafasan. Rendam buah ara selama
semalam dan minum di saat perut kosong. Jika anda ingin menjadikan ia lebih enak
ketika dinikmati, rebus beberapa buah ara yang sudah bersih, lalu saring dan
campurkan dengan susu. Hal ini tentu akan terasa lebih nikmat.
7. SAYUR DAN BUAH-BUAHAN ORGANIK
Pengambilan sayur dan buah-buahan organik merupakan bahagian dari
pola makan yang sihat. Pengambilan makanan organik daripada makanan junk food
itu lebih baik kerana junk food biasanya menyebabkan lemak dan menyebabkan
asma. Tapi bila anda mahu, anda boleh makan burger untuk sekali waktu, jangan
sering-sering.
8. BERSENAM SETIAP HARI
Tidak ada alasan untuk tidak bersenam hanya kerana
anda menderita asma. Bersenam setiap hari sangat dianjurkan, sukan yang baik
bagi benderita asma boleh yoga, jalan-jalan, atau berenang. Cuba untuk
lari-lari kecil, jika masih terlalu merasa keletihan, anda boleh jalan kaki
saja.
9. ASAM LEMAK OMEGA 3
Asid lemak omega 3 ditemui dalam salmon, tuna, atau ikan kembung
boleh membantu keradangan pada saluran pernafasan tetap terkawal. Dan hasilnya
adalah pengurangan serangan asma.
10. MADU
Madu adalah satu-satunya bahan semulajadi tertua yang sangat
berkesan untuk melegakan asma. Alkohol dan minyak ethereal pada humektan ini
membantu meringankan gejala asma. Cukupmenelan satu sudu teh madudengan serbuk
kayu manis setiap hari. Ini akan membersihkan saluran udara anda dan
membolehkan anda untuk tidur lebih lena.
No comments:
Post a Comment