Friday, March 9, 2018

PETUA JIKA ANDA BERASA LAPAR TENGAH MALAM


Lapar ialah keadaan di mana kita mempunyai keinginan yang amat kuat untuk makan. Keinginan ini memulakan keinginan untuk makan, membuatkan seseorang akan mula mencari makanan untuk melegakan sensasi lapar. Rangsangan untuk makan atau lapar ialah suatu cetusan yang bermula daripada otak kita. Ia menandakan sel dalam tubuh kita tidak mempunyai cukup makanan dan memerlukan tenaga.

Kenyang pula bermaksud rangsangan daripada otak bahawa kita patut berhenti makan, atau keinginan untuk makanan telah pun dipuaskan. Dua keadaan iaitu lapar dan kenyang ini telah dikenal pasti sebagai tipikal untuk individu berberat badan normal.Namun begitu, bagi mereka yang obes atau gemuk ia tidak semudah itu.

Banyak kajian berkaitan perkara ini diambil kira sebelum membuat cadangan program penurunan berat badan yang berkesan dan meningkatkan kesihatan seseorang. Ternyata melawan ketagihan memerlukan suatu pendekatan yang spesifik dan saintifik. Inilah enzim terapi. Enzim terapi turut menghilangkan ketagihan terhadap karbohidrat.

Tanggapan bahawa seseorang mungkin mengalami ketagihan makanan bukanlah sesuatu yang baru. Seawal tahun 1940-an, saintis telah melaporkan seseorang itu boleh menjadi penagih untuk sesetengah jenis makanan. Jenis-jenis makanan yang mungkin menimbulkan ketagihan telah dikenal pasti.

PETUA JIKA ANDA BERASA LAPAR TENGAH MALAM

1. Elak minuman berkafein
Kafein memberi anda kesegaran dan menyukarkan anda kembali tidur

2. Elak makanan proses & tinggi lemak
Makanan proses dan tinggi lemak tidak sesuai dimakan pada waktu tengah malam. Ia akan banyak disimpan sebagai lemak badan yang menjadi toksin kepada tubuh badan

3. Elak makanan karbohidrat ringkas berkalori tinggi
Karbohidrat memberi anda tenaga dan menyukarkan anda tidur semula. Walaupun anda tidur akibat keletihan, kalori berlebihan akan disimpan sebagai lemak



CARA DIET TANPA SENAMAN


Diet adalah jumlah makanan yang dikonsumsi oleh seseorang atau organisme tertentu. Jenis diet sangat dipengaruhi oleh latar belakang asal individu atau keyakinan yang dianut masyarakat tertentu. Walaupun manusia pada dasarnya adalah omnivora, suatu kelompok masyarakat biasanya memiliki preferensi atau pantangan terhadap beberapa jenis makanan.

Dalam pekembangannya, diet dalam konteks upaya mengatur asupan nutrisi dibagi menjadi beberapa jenis, yaitu:

Menurunkan Berat (Massa) Badan misalnya bagi model atau aktris yang ingin menjaga penampilannya.

Meningkatkan Berat (Massa) Badan misalnya bagi olahragawan atau atlet binaraga yang ingin meningkatkan massa otot.

Pantang Terhadap Makanan Tertentu misalnya bagi penderita diabetes (rendah karbohidrat (glukosa) dan kalori).

Pola makan yang seimbang akan memberikan kecukupan nutrisi yang dibutuhkan oleh tubuh kita, sehingga tubuh kita akan berfungsi dengan baik. sayangnya hal ini menjadi tantangan yang sulit terpecahkan oleh sebagian besar orang di dunia. sebuah semangat dan komitmen merupakan hal yang utama dalam diet.

CARA DIET TANPA SENAMAN

1. Dengar Muzik lembut dan lampu yang redup
Memutar muzik lembut serta menyalakan lampu yang redup ketika makan akan menurunkan keinginan Anda untuk makan. Jika Anda melakukannya setiap hari, ia dapat memastikan berat badan Anda akan turun secara teratur.

2. Saiz Pinggan Yg Kecil.
Saiz pinggan besar membuat kita cenderung makan dalam kuantiti yang lebih banyak. Untuk menurunkan berat badan, sebaiknya Anda menggunakan pinggan kecil. Baik untuk sarapan, tengahari maupun malam.

3. Buat cadangan Untuk badan
Makanan ringan, adalah godaan paling besar yang menerpa Anda yang sedang diet. Anda boleh mengatasi hasrat mengunyah ini dengan mengatakan “Aku ingin makaN. Dengan perkataan ini, ia akan membuat Anda lega dan mengurangkan rasa ingin makan makanan ringan. Gantikan makanan ringan itu dgn sayuran atau buah-buahan.

4. Jurnal Makanan
Jurnal makanan @ review makanan yang telah Anda makan. Buatlah jurnal makan pada malam hari sebelum Anda tidur. Dengan membuat jurnal makan ini, Anda dapat mengetahui setakat manakah diet Anda.

5. Menimbang berat badan
Bentuk evaluasi diet yang lain adalah dengan menimbang berat badan. Anda akan mengetahui berapa berat badan Anda dan mengetahui berapa kg berat badan Anda turun. Ini akan memotivasi Anda untuk terus konsisten terhadap diet yang Anda jalani.

6. Istirehat
Setelah Anda membuat jurnal makan, tidurlah. Tidur yang sihat adalah 6-8 jam dalam sehari. Dengan beristirehat, tubuh dapat menjalankan metabolisme dengan baik dan maksima.