Bendi
(Jawi: بيندي), kacang lendir (Jawi: كاچڠ لندير), kacang bendir atau nama
saintifiknya Abelmoschus esculentus merupakan tumbuhan berbunga yang
menghasilkan s buah yang dimakan sebagai sayuran. Ia banyak ditanam di
negara-negara yang beriklim panas lembap seluruh dunia termasuk Afrika, India
dan Brazil. Sebelum ini, bendi dikelaskan dalam genus Hibiscus, tapi kini telah
ditukar kepada Abelmoschus.Bendi sesuai ditanam sebagai komoditi komersial dan
tanaman keliling rumah dalam pasu atau polibeg sebagai satu program Bumi Hijau.
1. Perkembangan otak
Buah
bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak
dan kecergasan.
2. Melawaskan Pembuangan Air Kecil
Dalam
bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum,
mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang,
mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.
3. Merawat Kudis dan Bisul
Air
rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air
rebusa yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.Manakala
lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan
kulit.
4. Boleh bunuh sel kanser payudara
Lektin
dalam kacang bendi dapat bunuh sel kanser payudara.Kajian menunjukkan amalan
makan sayur bendi dapat kurangkan risiko kanser payudara sebanyak 63 peratus.
Buat ulam pun sodap
Hati
adalah salah satu organ terpenting dalam tubuh manusia. Dengan bantuan vitamin
K, ia hasilkan protein yang penting dalam pembekuan darah.Bendi juga dapat
bantu pecahkan sel darah tua dan sel rosak selain memastikan hati kita
terlindung dari penyakit.
6. Tingkatkan kesihatan jantung
Dari
penelitian menunjukkan kacang bendi dapat bantu turunkan kemungkinan penyakit
kardiovaskular. Serat yang ada pada bendi
juga dapat kurangkan kolestrol.
7. Tingkatkan penglihatan
Kajian
menunjukkan vitamin A dan beta-karoten yang ditemui dalam bendi yang juga
dikenali sebagai okra adalah nutrisi penting untuk menjaga penglihatan. Selain
itu, ia dapat cegah penyakit berkaitan mata seperti katarak dan masalah
penglihatan akibat faktor usia.
Antara resepi kacang bendi
Kajian
membuktikan bendi dapat berikan banyak kalsium dan magnesium pada tubuh badan
kita.
9. Menstabilkan kandungan gula dalam
darah
Air
rebusan bendi boleh mengenyahkan toksik, di samping menstabilkan paras gula dan
mencegah diabetes. Rendam dua batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam
segelas air selama semalam. Pastikan gelas ditutup. Amalkan minum air rendaman
tersebut selama 2 minggu sebelum sarapan kerana dikatakan mampu memberikan
hasil yang sangat baik untuk kesihatan badan.
No comments:
Post a Comment