Saturday, October 23, 2021

KHASIAT BUNGA KUBIS UNTUK KESIHATAN

Kubis bunga (Jawi: ‏کوبيس بوڠا‎‎) adalah salah satu daripada beberapa sayur-sayuran dalam spesies Brassica oleracea, dalam famili Brassicaceae. Ia adalah satu tumbuhan tahunan yang dibiakkan dengan benih. Biasanya, hanya kepala (berupa dadih putih) yang dimakan. Kepala kubis bunga terdiri daripada jambak meristem putih. Kepala kubis bunga menyerupai brokoli, yang berbeza dalam mempunyai tunas bunga. Sayur-sayur turunan Brassica oleracea juga termasuk brokoli, kubis brussel, kubis, kailan, dan kubis kerinting, walaupun mereka adalah berbeza kumpulan kultivar.

Kubis bunga boleh dipanggang, direbus, digoreng, dikukus, atau dimakan mentah. Apabila memasak, daun luar dan batang tebal dibuang, meninggalkan hanya berbentuk bunganya itu. Daunnya juga boleh dimakan, tetapi paling sering dibuang.Yang berbentuk bunga itu perlu dipecahkan kepada kepingan yang sama saiz sehingga mereka masak sama rata. Selepas lapan minit mengukus, atau lima minit merebus, yang berbentuk bunga harus lembut, tetapi tidak benyek (bergantung kepada saiz). Kacau semasa memasak boleh memecahkan berbentuk bunga menjadi lebih kecil dan tidak sekata.

Diet karbohidrat rendah boleh menggunakan kubis bunga sebagai pengganti yang munasabah bagi kentang atau nasi; di samping kubis bunga boleh menghasilkan tekstur atau rasa mulut yang sama, ia tidak mempunyai kanji yang asal. Seperti kekacang tertentu (termasuk kacang kuda), ia boleh dibuat menjadi tepung dan membentuk makanan seperti piza atau biskut. Bunga kubis mempunyai banyak khasiat antaranya seperti berikut :

MENGATASI MASALAH USUS

Kubis bunga kaya dengan serat yang baik untuk kesihatan usus.Sesiapa yang menghadapi masalah berkaitan usus bolehlah amalkan memakan bunga kubis untuk mengatasi masalah tersebut.


KURANGKAN RISIKO KANSER PROSTAT
Bunga kubis boleh dijadikan jus  dan amalkan meminumnya.Selain dijadikan jus, anda boleh amalkan bunga kubis dalam pemakanan harian. Jangan sesekali masak terlalu lama kerana khasiatnya boleh hilang. Cukuplah sekadar mencelurnya dalam air panas selama beberapa minit.

KURANGKAN PARAS GULA DALAM DARAH
Bagi pesakit kencing manis, mereka perlu menjaga makanan yang tidak meningkatkan paras gula dalam darah. Kubis bunga kaya dengan serat dan rendah karbohidrat yang sesuai untuk pesakit kencing manis.


TURUNKAN PARAS KOLESTROL
Amalkan memakan kubis bunga. Anda boleh memakannya dengan nasi atau dijadikan jus. Saya sarankan siapa siapa ada masalah kolestrol cubalah kerap makan bunga kubis ni.

ANTIRADANG
Kandungan vitamin K di dalamnya bersifat antiradang. Makan bunga kubis secara teratur akan memastikan perjalanan darah yang sihat kerana ia membantu menjaga pembuluh darah. Oleh itu, risiko strok kepada pesakit jantung dapat dikurangkan.


MENGUATKAN SISTEM IMUN
Vitamin C dan selenium di dalam bunga kubis dapat membantu memperkuat sistem ketahanan tubuh manusia. Oleh itu, kita tidak mudah penyakit seperti selsema dan demam.

SESUAI UNTUK DIET

Diet adalah dengan mengurangkan makanan berkanji seperti nasi. Justeru, bunga kubis merupakan pilihan yang paling baik kerana ia rendah karbohidrat dan tidak mengandungi zat tepung. Malahan, ia berkesan untuk menurunkan berat badan.

SESUAI UNTUK WANITA HAMIL
Semasa proses kehamilan, wanita digalakkan makan bunga kubis yang kaya dengan folat, vitamin A, B dan C. Ia sangat baik untuk kesihatan janin dalam kandungan.

MENCEGAH SEMBELIT
Bunga kubis kaya dengan serat yang boleh dijadikan tonik untuk usus bagi melancarkan pembuangan  pembuangan najis. Jika anda ada masalah sembelit, minumlah jus bunga kubis.

SESUAI UNTUK GOLONGAN

Vitamin dan mineral yang terdapat di dalam kubis bunga membantu menguatkan sendi dan tulang sejak dari zaman muda lagi. Selain itu mampu menguatkan minda dan ingatatan dan mengelakkan masalah  nyanyuk dalam usia yang terlalu cepat.

KEBAIKAN UNTUK LELAKI
Kelebihan kubis bunga untuk lelaki ialah kesan yang baik terhadap libido. Malahan, ia dapat mengekalkan stamina dan kecergasan.




KHASIAT BUAH AVACADO

Avokado atau nama saintifiknya persea Americana mempunyai zat khasiat yang dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit daripada masalah penglihatan, penyakit jantung sehinggalah kepada masalah obesiti.

Avokado dikelaskan dalam tumbuhan berbunga keluarga Lauraceae. Ia adalah sejenis pokok saka yang menghasilkan buah. Buahnya berbentuk bujur dan kulit buah berwarna hijau berkilat. Isi buahnya pula berwarna kuning cair dan mempunyai biji yang agak besar di tengah. Daun pokok avokado mempunyai hujung yang runcing.Buah avokado mengandungi asid oleik iaitu sejenis lemak tak tepu tunggal yang jika dimakan bukan sahaja mampu mengurangkan kolesterol tidak baik, tetapi mampu meningkatkan kolesterol baik. Disebabkan kandungan potassium yang tinggi dalam buahnya, pengambilan avokado secara kerap juga mampu merendahkan tekanan darah. Antara Beberapa Kahsiat Avokado;


MENGAWAL TEKANAN DARAH

Avokado merupakan sumber besar kalium , yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.


KESIHATAN MATA

Avokado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ianya adalah untuk membantu melindungi mata daripada daripada katarak.

PERLINDUNGAN DARI KANSER

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa avokado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.


MASALAH NAFAS BERBAU

Avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.


ANTI PENUAAN

Avokado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun , melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.


PENJAGAAN KULIT

Minyak avokado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaannya untuk menyuburkan kulit dan membuat kulit anda bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.


MENGAWAL BERAT BADAN

Avokado mempunyai 200 kalori bagi setiap 100 gram. Biasanya , buah-buahan mempunyai kira-kira 60-80 kalori bagi 100 gram. Oleh kerana jumlah yang tinggi kalori, avokado adalah makanan yang terbaik bagi orang-orang yang ingin menambahkan berat badan. Avokado adalah sumber kalori yang sihat , tidak seperti lain-lain makanan kalori yang mungkin mengandungi lemak tepu yang berlebihan dan gula yang berlebihan.

MENGEKALKAN KESIHATAN JANTUNG

Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik , yang membantu mengawal tahap homocysteine ​​. Tahap homocysteine ​​dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.


MEMBEKALKAAN VITAMIN E

Avokado adalah buah yang terbaik sumber vitamin E, vitamin yang penting yang melindungi daripada banyak penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan.


MEMBERI PELBAGAI JENIS VITAMIN

Mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium.