Saturday, October 17, 2020

SIMPTOM COVID 19

Pandemik COVID-19, juga dikenali sebagai pandemik koronavirus atau wabak koronavirus ialah pandemik penyakit koronavirus 2019 yang sedang berlaku secara global berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). 


Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan Disember 2019 di bandaraya Wuhan, Hubei, China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020.Sehingga 28 September 2020, lebih 33.4 juta kes COVID‑19 telah dilaporkan di lebih 188 buah negara dan wilayah, mengakibatkan lebih 1.004 juta kematian manakala lebih 24.7 juta orang telah pulih
SIMPTOM COVID 19

Anda mungkin dijangkiti #COVID19 jika mengalami sekurang-kurangnya 2 simptom ini.  
1. Demam (fever) 
2. Badan seram sejuk (Chills)
3. Kekejangan otot (Rigors)
4. Mialgia (Myalgia)
5. Sakit kepala
6. Sakit tekak (sore throat)
7.  Mual atau muntah (Nausea or vomiting) https://t.co/KeG2BNoAZ6
8. Cirit birit (Diarrhea)
9. Kelesuan (Fatigue)
10. Hidung tersumbat sehingga sukar bernafas atau hidung berair (Acute Onset Nasal  Congestion or running nose)

ATAU 
salah satu simptom ini. 
1. Batuk (Cough)
2. Kesesakan nafas (shortness of breath)
3. Kesukaran bernafas (Difficulty in breathing)
4. Hilang deria bau (lost of smell)
5. Hilang deria rasa (lost of taste) 

ATAU 
Penyakit respiratori yang teruk dan mengalami salah satu simptom ini:
1. Radang paru-paru/Pneumonia
2. Sindrom Kesukaran Pernafasan (ARDS)

KHASIAT DAUN KADUK UNTUK KESIHATAN

Pokok Kaduk atau nama saintifiknya Piper sarmentosum merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Daunnya menyerupai pokok Sirih tetapi berbeza dengan pokok sirih, ia bukannya pokok memanjat, tetapi tumbuh di atas tanah. Merupakan sejenis sayuran tempatan yang mudah ditemui. Tumbuhan ini dikenali sebagai Piper sarmentosum roxb dan berasal dari keluarga Piperaceae. Air yang direbus dengan akar pokok ini dapat melawaskan kencing. Daunnya mujarab untuk merawat demam malaria dengan minum air rebusannya. Air rebusan ini juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selsema ,sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.

PENGGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Analisa kimia menunjukkan daun kaduk mengandungi anti-oksida naringenin . Amides dari buah pokok kaduk didapati mempunyai aktiviti anti- tuberculosis dan anti- plasmodial .

 

DAUN KADUK DAN KHASIATNYA

Daun kaduk diguna dengan cara meminum jus nya, untuk melegakan gejala malaria dan berkesan untuk merawat demam , batuk , asma , selsema , reumatisme , Keradangan pleura (lapisan paru-paru, apabila pleura parietal terlibat, terasa sakit didada berhubung dgn selaput dada (pleurosy) dan sakit tulang belakang (lumbago).

Suku Karen di Thailand mengambil daun kaduk sebagai makanan sumber kandungan terbaik tempatan untuk beta karotena dan vitamin C . Daun nya juga digunakan sebagai tonik pencernaan, karminatif, ekspektoran, ejen anti-hyperglycemic dan ejen anti-malaria

Selain pucuknya yang sering dibuat ulam dan daunnya sebagai penyedap masakan lemak, khasiat lain yang boleh dimanafaatkan terhadapnya adalah : 

1. Merawat Sembelit, Sakit gigi, Demam Malaria, Lemah Dan Sakit Dalam TulangSelain daripada penyakit di atas, masalah cacing dalam perut, batuk dan panau turut boleh dirawat. Hanya caranya berbeza.

2. Melawaskan kencing – Rebus daun kaduk bersama akarnya dan diminum.

3. Merawat demam Malaria- rebus daun kaduk dan diminum air rebusannya.

4. Melegakan selsema , sakit pinggang , sakit gigi dan sengal tulang, sembelit- minum air rebusan daun kaduk dan akarnya.

 

Langkah-langkah merawat ketiga-tiga ( NO 2 - NO 4) diatas:

  • Ambil satu dahan pokok kaduk termasuk akarnya.
  • Bersihkan keseluruhan pokok tersebut.
  • Rebus kesemua sehingga mendidih.
  • Biarkan air rebusan tadi menjadi suam.
  • Air rebusan diminum perlahan-lahan.

 5. Cacing Dalam Perut-Mandi dengan air ramasan daun kaduk.

  • Ambil beberapa helai daun kaduk segar.
  • Ramas-ramaskan daun tersebut.
  • Kemudian, campurkan kesemua daun ramasan kedalam sebaldi air.
  • Akhir sekali, siramkan air tersebut keseluruh badan.

 

6. Melegakan batuk -Sapu bahagian leher dengan daun yang dikisar halus bersama sedikit air.

  • Ambil beberapa helai daun kaduk dan bersihkannya.
  • Kisar daun hingga halus dengan mencampur sedikit air.
  • Akhir sekali, sapukan pada bahagian leher.

 

7. Panau- Sapu bahagian yang ditumbuhi panau dengan daun kaduk yang ditumbuk lumat.

  • Ambil beberapa helai daun kaduk.
  • Tumbuk sampai lumat.
  • Kemudian, sapukan pada kawasan tubuh badan yang berpanau.

 

Sebagai bahan dalam masakan, ulam, kerabu, urap, masak gulai ikan darat dan sebagainya

 

AKAR KADUK DAN KHASIATNYA

Akar daun kaduk adalah ubat berkesan untuk batuk , asma , Keradangan pleura, lapisan paru-paru dan kulat pada kulit jari kaki (fungoid dermatitis). Ia dikunyah untuk menghentikan kesakitan gigi..

 

KHASIAT KESELURUHAN POKOK KADUK

  • Air rebusan dari keseluruhan tumbuhan juga digunakan secara tradisional untuk merawat pesakit kencing manis .
  • Keseluruhan tumbuhan boleh digunakan untuk merawat demam , membantu penghadaman dan untuk melegakan kesakitan otot.