Friday, September 27, 2019

MAKSUD AUTISM

Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggeris: pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari "Autism Society of America": http://www.autism-society.org/site/PageServer ). Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih.

Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. (Walaupun terdapat organisasi bergelar Sembuhkan Autisme Sekarang "Cure Autism Now"). Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak.

Sindrom Asperger dipercayai sebagai bentuk autisme fungsi tinggi, tetapi ini bukanlah sentiasa benar. Perbezaan utama antara sindrome Kanner, dengan autisme klassik, dan sindrome Asperger adalah Asperger tidak mempunyai kelewatan jelas dalam pertuturan, dan kecergasan adalah biasa atau lebih. Dalam autisme Kanner terdapat kelewatan jelas dalam pertuturan dan biasanya mempunyai kecergasan rendah dari kebiasaan . Autisme Kanner dengan IQ<80 dirujuk sebagai "fungsi rendah autisme", sementara sindrome Kanner dengan IQ>80 dikenali sebagai "autisme fungsi tinggi".


Sebenarnya autism bukan penyakit... tapi ramai pulak yang mengatakan ianya suatu penyakit. Kanak-kanak autisme adalah seperti masalah terencat akal pada tahap berbeza adalah disebabkan proses pembelajaran mereka lebih lambat, mempunyai  masalah untuk berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.

 Kanak-kanak yang mengalami sindrom ini akan menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.👌

ciri-ciri kanak-kanak autism                          

1. Tidak mampu Bersosial

a) Tidak menghiraukan orang lain

b) Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain,

c) Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.

d) Tidak suka dipegangan, dipeluk atau dicium

e) Susah berkerjasama, berkongsi dan menunggu giliran

f) Lebih suka bermain sendiri

g) Tidak suka bermain yang menggunakan imaginasi

 

2) Tidak Bertutur dan Berkomunikasi

a) Lambat bercakap

b) Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang

c) Tidak boleh berkomunikasi dengan baik

d) Bercakap dalam nada yang pelik – seperti menyanyi atau bercakap macam robot

e) Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual, hanya kepada satu pihak sahaja.

f) Mungkin mengulang perkataan yang sama tetapi tidak memahami maksudnya


3) Mempunyai Masalah Dalam Pemikiran dan perlakuan

a) Suka melakukan perkara yang sama/berulang dan tidak suka kepada pembaharuan. Mereka mudah terganggu apabila disuruh melakukan perubahan

b) Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik, roda kereta dan objek berputar.

c) Sangat sensitif terhada bau, rasa dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan diluar kawalan.

d) Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang

e) Tidak boleh duduk diam

f) Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa


4) Masalah Tingkah Laku

a) Suka mengasingkan diri. Biasanya kekecewaan ditunjukkan dengan tindakbalas negatif seperti mengamuk, marah-marah dan agresif.

b) Bersikap positif – tidak faham keadaan semasa dan keadaan baik dan buruk

c) Tidak tahu bersosial – jika melakukan kesalahan ianya sangat mudah dikesan

d) Aktif tetapi perangai pelik – kanak-kanak jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.

 

Kanak-kanak autisme bukanlah kanak-kanak golongan berisiko atau bodoh, cuma kebanyakkan masyarakat sekarang tidak tahu cara atau bagaimana untuk mendekati mereka. Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme biasanya adalah lebih perlahan daripada kanak-kanak normal.

Pandangan lain mengenai kecacatan ini adalah autisum adalah berterusan on a continuum, dengan itu boleh juga dikenali sebagai masalah spektrum autistik autistic spectrum disorder. Masalah berterusan ( continuum ) lain yang berkait adalah Kegagalan Integrasi Deria ( Sensory Integration Dysfunction ) yang berkaitan dengan bagaimana cara kita menyelaras maklumat yang kita terima daripada deria kita. Autism, Sindrom Asperger, dan Kegagalan Integrasi Deria adalah berkait rapat dan saling bertindan.

DOA MENYEMBUHKAN PENYAKIT KULIT

Kulit merupakan organ homeostasis yang penting. Ia merupakan organ manusia yang paling besar yang memiliki berat sekitar enam paun. Kulit bertindak sebagai rintangan di antara persekitaraan luar dan dalam badan iaitu sebagai pemisah. Kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia

Kulit manusia adalah salah satu bagian tubuh yang sangat penting, dimana kulit menjadi bagian terluar tubuh manusia.

Fungsi kulit sendiri sangat banyak, diantaranya sebagai pelindung organ tubuh bagian dalam, sebagai pengatur suhu tubuh, untuk membuat penampilan seseorang menjadi lebih baik dan lain sebagainya. Kulit perlu dijaga kesehatannya Karena kulit juga menjadi salah satu jalan masuknya penyakit.

Nah, bagaimana jika kulit itu sendiri mengalami sakit?

Ada beberapa macam penyakit kulit yang dapat menyerang manusia diantaranya penyakit panu, kadas, kurap, kista, jerawat, bisul, kurap, herpes, cacar air, borok, melanoma, lepra, eksim hingga yang paling berat yaitu kanker kulit. Bagaimana kita harus menjalani pengobatan hingga kulit kita kembali sehat? Selain dengan jalan medis tentunya jalan usaha batin harus ditempuh. Salah satunya dengan membaca doa menyembuhkan penyakit kulit.

Doa menyembuhkan penyakit kulit ini pun diajarkan dalam Islam, oleh Rasulullah SAW.

Beliau mengajarkan pada kita agar terus berserah diri kepada ALLAH namun juga harus menghadapi penyakit kulit dengan penuh usaha baik lahir maupun batin. Usaha batin melalui doa menyembuhkan penyakit kulit ini menjadi salah satu cara membangkitkan energi spiritual ilahiyah dalam diri kita sehingga mampu menyembuhkan penyakit kulit yang kita derita.

Apapun penyakit kulit yang diderita baik ringan maupun penyakit kulit yang berat sekalipun dapat disembuhkan bila rutin mengamalkan doa menyembuhkan penyakit kulit berikut ini :

Doa 1 rujuk pic di atas.

DOA 2

“ALLAHUMMA INNII A’UUDZUBIKA MINAL BARSHI WAL JIDZAMI WA SII IL ASRAAM.”

ARTINYA :

“Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari tuli, bisu, gila, penyakit kusta, sopak, dan penyakit-penyakit yang ganas.”

Untuk mengamalkan doa menyembuhkan penyakit kulit ini maka anda harus melakukan solat lima waktu meski anda sedang sakit. Setelah solat bacalah doa diatas dan pahami juga artinya. Baca sebagai wirid setelah solat minimal sebanyak 11 kali.

Bacalah dengan penuh kerendahan hati, mintalah kepada Allah atas kesembuhan penyakit kulit anda.

Insya Allah anda akan diberi kesembuhan dan segera dipulihkan dari penyakit kulit baik ringan maupun berat sekalipun. Insya Allah mustajab tergantung bagaimana anda mengamalkannya dan usaha lahir anda pun turut menentukan keberhasilannya.

Demikian bunyi doa menyembuhkan penyakit kulit semoga bermanfaat untuk kita semua. AMIN. BARAKALLAH.