Saturday, October 17, 2020

KHASIAT BUAH KULIM

 

Pokok Kulim merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Scorodocarpus borneensis Becc. Buah pokok ini digunakan sebagai perencah masakan oleh orang asli di kawasan Tapah, Perak. Pokok ini mengeluarkan buah selari dengan musim durian. Ia dikatakan asal nama bandar Kulim.

Pokok Kulim merupakan pokok malar hijau serdahana sehingga besar sehingga ketinggian 40(-60) m, kesemua bahagian berbau bawang putih; bole columnar, tanpa cabang sehingga 25 m, garis pusat sehingga 80(-150) cm, sering kali lurus, kadang-kala memiliki banir kecil; permukaan kulit pokok merekah cetek dan berkeping menjadi kepingan segi empat nipis, kelabu-perang sehingga merah-perang, bahagian dalam batang bergentian, merah-keunguan, bahagian dalam dengan tompokan kuning bata.  

Khasiat lain yang dapat diberikan oleh air rebusan buah kulim ini ialah, ia mampu untuk membersihkan darah dan mengeluarkan toksin dari dalam badan yang merupakan punca segala permasalahan kesihatan.

Orang sihat juga boleh meminum air rebusan ini untuk membuang toksin dan mendapatkan kesihatan yang baik.


KHASIAT LAIN YANG BOLEH DIPEROLEHI DARI BUAH KULIM INI ADALAH:

  • Membuang toksin dan mencuci darah secara semulajadi. Darah akan menjadi lebih cair dan cantik.
  • Sangat berkesan bagi mengawal kencing manis, darah tinggi, gout, menghilangkan buasir dan jerawat.
  • Membantu pesakit buah pinggang dalam menurunkan index kekotoran darah (creatinine).
  • Menghakis kolesterol supaya darah berjalan dengan lancar disepanjang arteri darah.
  • Mampu menghilangkan bisa-bisa badan yang berpunca dari darah yang kotor.
  • Menambah tenaga untuk bekerja seharian tanpa ada rasa keletihan.
  • Membantu mencuci usus, menanggalkan kerak dan lemak disekeliling usus supaya usus anda menjadi bersih dan sihat.

KHASIAT POKOK SARANG SEMUT

 

Pengenalan  Pokok herbal Sarang Semut atau nama sainsnya Myrmecodia pendans, berasal dari Papua, dikatakan sangat mujarab untuk menyembuhkan berbagai jenis penyakit termasuk semua jenis kanser (kanser otak, payudara, hidung, hati, paru-paru, usus, rahim, kulit, prostat, darah), sakit jantung, rheumatism, stroke, ginjal, menambah air susu ibu, melancarkan peredaran darah dan memulihkan masalah seksual


KHASIAT POKOK SARANG SEMUT

 

1. KANSER DAN TUMOR

Jenis kanser dan tumor yang boleh ikhtiar dengan pokok sarang semut ialah kanser : otak, hidung, payudara, lever, paru-paru, usus, rahim, prostat, darah (leukemia), kecuali kanser tekak dan rongga mulut. Kemampuan Sarang Semut dapat mengubati pelbagai jenis penyakit kerana kuatnya kandungan flavonoidnya. Ada beberapa sistem kerja dari flavonoid untuk melawan tumor / cancer, misalnya inaktivasi karsinogen, antiproliferasi, penghambatan siklus sel, induksi apoptosis dan diferensiasi, inhibisi angiogenesis, dan pembalikan resistensi multi-ubat atau kombinasi dari sistem kerja tersebut.

 

2. GANGGUAN PADA JANTUNG

Kandungan multi-mineral pada Sarang Semut, terutama kalsium dan kalium dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai penyakit / gangguan jantung.

 

3. STROKE RINGAN MAHUPUN BERAT

Pengubatan pada penyakit stroke berkaitan dengan kandungan multi-mineral yang terkandung dalam Sarang Semut.

 

4. AMBEIEN (BUASIR)

Kemampuan Sarang Semut untuk pengubatan buasir berkaitan dengan kandungan flavonoid dan taninnya yang tinggi. Kedua golongan senyawa ini dalam beberapa penelitian sains sudah terbukti dapat mengubati buasir.

 

5. KETULAN-KETULAN DALAM PAYUDARA

Yang dimaksud dengan ketulan-ketulan pada payudara adalah pembengkakan bukan tumor (non-neoplasma). Cara penyembuhannya sama dengan masalah tumor dan cancer, iaitu dengan kemampuan kandungan flavonoid yang terkandung dalam Sarang Semut.

 

6. GANGGUAN FUNGSI GINJAL DAN PROSTAT

Pengubatan gangguan fungsi ginjal dan prostat ada kaitannya dengan kandungan antioksidan (flavonoid dan tokoferol) serta multi-mineral yang sedia ada dalam Sarang Semut.

 

7. HAID DAN KEPUTIHAN

Proses pengubatan untuk keputihan dan melancarkan haid ada kaitannya dengan kandungan flavonoid, tanin, dan multi-mineralnya, terutama kalsium dan zing.

 

8. MELANCARKAN PEREDARAN DARAH

Kandungan antioksidan yang tinggi (tokoferol dan flavonoid) dan multi-mineral yang terkandung dalam Sarang Semut memiliki peranan penting dalam melancarkan peredaran darah.

 

9. MIGRAIN (SAKIT KEPALA SEBELAH)

Untuk pengubatan sakit kepala berkaitan dengan fungsi kandungan flavonoid dan multi-mineral dalam Sarang Semut, terutamanya kalsium, natrium, dan magnesium.

 

10. PENYAKIT PARU-PARU (TB)

Pengubatan TB terkait dengan peranan flavonoid yang terkandung dalam Sarang Semut yang berfungsi sebagai antivirus.

 

11. RASA SAKIT PADA TULANG.

Pengubatan berkaitan dengan kemampuan flavonoid sebagai inhibitor enzim xanthine oxidase, antioksidan dan tokoferol yang bertindak sebagai antioksidan dan multi-mineral yang terkandung dalam Sarang Semut.

 

12. GANGGUAN HIDUNG ( BERDARAH ATAU BERSIN2 - RESDUNG ).

Senyawa-senyawa yang bertanggung jawab terhadap gangguan ini adalah antioksidan (tokoferol dan flavonoid) dan tanin.

 

13. SAKIT GASTRIK

Seperti halnya sakit TB, yang berperanan dalam pengubatan gastrik adalah flavonoid yang terkandung dalam Sarang Semut sebagai antibakteria

 

MANFAAT TAMBAHAN SARANG SEMUT

A. MELANCARKAN DAN MENINGKATKAN AIR SUSU IBU (ASI)

Kandungan multi-mineral dari tumbuhan Sarang Semut diduga memiliki peranan yang penting dalam melancarkan dan meningkatkan pengeluaran ASI, mempercepat proses pemulihan kesihatan ibu setelah melahirkan, membersihkan rahim, dan berperanan sebagai agen perapat.

 

B. MEMULIHKAN GHAIRAH SEKSUAL

Kandungan antioksidan yang tinggi (tokoferol dan flavonoid) dan multi-mineral dari tumbuhan Sarang Semut diduga memiliki peranan yang penting dalam meningkatkan ghairah seksual.

 

C. MEMULIHKAN STAMINA TUBUH

Kandungan antioksidan yang tinggi (tokoferol dan flavonoid) dan multi-mineral dari tumbuhan Sarang Semut berperanan penting dalam memulihkan kesegaran dan stamina tubuh. Tubuh merasa ringan hendak bergerak, dan ketika bangun tidur hilang rasa sengal-sengal pada tubuh.