Monday, April 29, 2019

CARA MERAWAT PENYAKIT LUTUT

Semasa di tangga masjid tadi saya tengok seorang lelaki yang agak berumur terkial-kial berjalan sambil menahan lututnya memanjat tangga masjid jadi saya cuba membantunya waktu memanjat anak tangga masjid kerana melihat lelaki itu menahan kesakitan dilututnya ketika ia melangkah kakinya sehinggalah sampai ke kerusi untuk ia duduk..

Oleh kerana peristiwa tadi jadi saya ingin berkongsi petua bagai mana cara kita hendak merawat penyakit lutut ini sama ada masalah Osteoartris sebab faktor penuaan atau bursitis tulang rawan rosak dan juga kista baker iaitu cairan sinovial di belakang sendi kita berkurangan...

Caranya ialah petua orang tua-tua dahulu sahaja dan percayalah tak berguna kalau kita menggunakan minyak sapu yang panas yang lega  bersifat sementara kerana ia hanya merosakkan lagi sendi lutut kita yang di sebabkan bahan kimia yang terdapat pada minyak panas itu...

Petuanya mudah sahaja kerana ia akan merawat  rawan kita dan lendair di lutut kita..

Caranya ambil tiga biji bawang ros india jantan lalu ditumbuk hancur dan campurkan dengan sebiji putih telur (telur kuning jangan diambil) ayam kampung kedalam cawan kemudian kacau hingga larut dan minum sehingga habis...( berselawatlah keatas nabi kita waktu hendak minum)..

Lakukan dua kali sehari In Sha Allah kalau sesiapa dapat amalkan pekara ini selama dua atau tiga bulan lutuknya akan pulih seperti biasa kerana petua tadi merawat tulang rawan dan cecair sendi kita seperti mula asal...




UBAT SAKIT DAN LENGUH PINGGANG

Ada seorang lelaki datang berjumpa saya di pondok dekat pinggir hutan katanya hendak putus ubat sebab Sakit pinggang yang dialaminya sudah sembuh dengan tersengeh-sengeh wajahnya memandang saya dengan seekor ayam kampung di tangannya..

Saya pun berkata nak putus ubat buat apa Paklong itu cuma petua je bukan jampi pun tapi  Paklong itu tetap nak juga bagi ayam yang dibawanya kerana niatnya kalau Sakit pinggangnya yang dideritainya sembuh jadi saya pun tak terkata apa sebab Paklong itu tetap berkeras nak bagi juga cuma didalam hati berkata buat sup ayam sedap juga nie sebab ayam dara..

Inilah petua yang saya ajarkan kepada Paklong tersebut 
Orang kalau sebut sahaja daun durian belanda tentu sahaja dalam fikiran dia hanya untuk merawat penyakit barah sahaja tapi sebenarnya ia baik untuk mereka yang bermasalah Sakit pinggang caranya mudah sahaja ambil tiga puluh helai daun durian belanda letak diatas kain yang lama tidak digunakan lagi kemudian bakar batu tungku yang selalu digunakan oleh orang perempuan bersalin 

bila batu sudah panas ambil batu itu letak diatas kain yang telah dialaskan dengan daun durian belanda kemudian tungku di tempat yang sakit pinggang In Sha Allah urat yang sakit itu akan pulih selepas terkena wap panas dari daun itu.

Buatlah dua Kali sehari cuma orang perempuan mengandung dilarang buat...