Monday, April 29, 2019

CARA MENCUCI KAIN PENGELAP DAPUR AGAR BERSIH DAN WANGI

Cara untuk menghilangkan kekotoran dan bau yang melekat di kain pengelap anda. Apabila kain pengelap bersih dan harum, mood nak mengelap pun ceria.

BAHAN BAHAN
Cuka
Air panas
Soda bikarbonat
Kain pengelap

CARA CARA
1. Ambil 2-3 sudu soda bikarbonat dan masukkan ke dalam bekas yang telah diisi dengan air panas.

2. Kemudian, masukkan pula cuka dalam sukatan 3/4 cawan.

3. Kacau air tadi sehingga rata.

4. Masukkan kain pengelap ke dalam bekas sehingga terendam sepenuhnya. Biarkan kain selama 1 malam.

5. Keesokkannya, bilas kain dengan air bersih dan jemur hingga kering.

Anda akan lihat hasilnya yang ketara apabila kain pengelap akan menjadi lebih bersih dan wangi. Kini, anda tidak perlu bimbang lagi untuk menukar kain pengelap yang baru.

PETUA SUPAYA KENTANG / UBI TAHAN LAMA

1. Jangan basuh kentang jika belum hendak digunakan lagi. Pembiakan bakteria akan lebih cepat berlaku apabila kentang berair dan lembap. Kesannya, kentang akan cepat membusuk dan lembik.

2. Asingkan kentang dengan bawang merah dan bawang putih. Letakkan kentang dan bawang ke dalam bekas yang berlainan.

3. Tempatkan kentang pada suhu bilik dan elakkan daripada terkena sinaran cahaya matahari.

4. Jangan biarkan kentang terperap dalam guni ataupun plastik selepas membeli, segera keluarkan kentang dan letakkan ke dalam bekas ataupun penapis.