Sunday, March 31, 2019

CARA ATASI LALAT PUTIH TANPA MENGGUNAKAN RACUN

Lalat putih atau whitefly adalah dari family Aleyrodidae. Lalat putih biasanya makan bahagian bawah daun tumbuhan dengan menghisap cecair atau nutrisi daun. Bila terlalu banyak lalat putih yang menghisap dan tiada kawalan serangga perosak dilakukan secara berkesan ini akan menyebabkan daun lama kelamaan akan lumpuh dari membuat fotosintesis.

KESAN DARI LALAT PUTIH
1. Pokok menjadi kurang daya tahan penyakit

2. Lalat putih ini membawa beberapa jenis virus pokok

3. Selepas menghisap lalat putih ini akan merembeskan cecair melekit yang menyebabkan daun jadi hitam.

CARA MENGATASI
1. Sembur air dgn aliran yg kuat ini akan mengganggu sarang pemusnah ini. Secara tidak langsung mampu menyekat pembiakkannya

2. Penggunaan minyak semambu mampu menghalau lalat putih ini dan secara tidak langsung kawalan secara biologi melalui ladybugs dan larva lacewing akan memakan telur nya.

3. membuat pruning terhadap pokok yg terlalu lebat daun nya

4. Kalau cara saya pakai minyak semambu dgn bawang putih sahaja dan hasilnya “Tip top”

PETUA BUANG ANGIN DALAM BADAN


CARA DAN BAHAN BAHAN
3 sudu halba direndamkan halba dalam air dalam 2 minit dan tos-kan seketika.
📢3cm halia muda diparut
📢4 Ulas bawang putih
📢15 biji lada hitam.

Semua bahan-bahan di atas. Ditumbuk halba sehingga halus hancur dan kemudian dicampur halia ,bawang putih last masukkan lada hitam. Tumbuk sampai hancur. Kemudian bahan-bahan tersebut digentel kecil seperti majun. Boleh disimpan dalam peti sejuk letak satu bekas.

Jamu ini boleh diambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. Jika diamalkan perut akan kempis.

Cara makan: Minum dgn air suam.