Lalat putih atau whitefly adalah dari family Aleyrodidae. Lalat putih biasanya makan bahagian bawah daun tumbuhan dengan menghisap cecair atau nutrisi daun. Bila terlalu banyak lalat putih yang menghisap dan tiada kawalan serangga perosak dilakukan secara berkesan ini akan menyebabkan daun lama kelamaan akan lumpuh dari membuat fotosintesis.
KESAN DARI LALAT PUTIH
1. Pokok menjadi kurang daya tahan penyakit
2. Lalat putih ini membawa beberapa jenis virus pokok
3. Selepas menghisap lalat putih ini akan merembeskan cecair melekit yang menyebabkan daun jadi hitam.
CARA MENGATASI
1. Sembur air dgn aliran yg kuat ini akan mengganggu sarang pemusnah ini. Secara tidak langsung mampu menyekat pembiakkannya
2. Penggunaan minyak semambu mampu menghalau lalat putih ini dan secara tidak langsung kawalan secara biologi melalui ladybugs dan larva lacewing akan memakan telur nya.
3. membuat pruning terhadap pokok yg terlalu lebat daun nya
4. Kalau cara saya pakai minyak semambu dgn bawang putih sahaja dan hasilnya “Tip top”
No comments:
Post a Comment