Tauge atau kecambah ialah anak benih yang baru bercambah dan menjadi sejenis sayuran yang popular dan boleh dimakan mentah atau sesudah masak. Disamping itu, ianya bersih daripada racun kulat atau serangga, dan mempunyai vitamin A dan C dan sumber kalsium yang tinggi.
Walaupun ada pelbagai jenis
tauge, di Malaysia hanya terdapat dua jenis tauge yang utama dan biasa
digunakan dalam masakan harian iaitu tauge halus dan tauge kasar. Cara
penghasilannya adalah mudah dan bersih jikalau langkah-langkah tertentu diambil
dan diawasi. Tauge dicambah dengan mengalirkan air pada biji benih selama
beberapa minit dalam beberapa kali sehari sehinggalah tauge mencapai tahap
matang yang dikehendaki. Tahap matang tauge berbeza mengikut pasaran tempatan.
Tauge biasanya dijadikan dalam ramuan bahan makanan penduduk Asia dan kini
menjadi pilihan juga bagi masyarakat Barat.
Tauge kaya dengan vitamin
terutamanya vitamin C, mineral, asid amino, protein, dan fitokimia kerana
tumbuhan mengeluarkan kandungan tersebut pada tahap yang tinggi ketika benih
sedang bercambah.
Tauge juga kaya dengan nutrien yang diperlukan untuk kesihatan manusia. Para penyokong diet makanan mentah mempromosikan tauge sebagai cara yang berkesan untuk meningkatkan nilai nutrien dan kebolehcernaan. Sebenarnya tauge merupakan makanan yang paling padat nutriennya di dunia; kepadatan nutrien merujuk kepada jumlah nutrien per kalori. Inilah alasannya mengapa ramai orang yang makan diet kalori rendah menjadikan tauge dan kecambahan-kecambahan lain sebagai bahan utama dalam diet mereka, khususnya apabila dicampurkan untuk memudahkan pencernaan. Antara khaisat sayur taugeh adalah seperti berikut :
1. TINGKATKAN
PENGHADAMAN
- Taugeh mengandungi antinutrien yang rendah, ini sekali gus menjadikan badan anda lebih cepat menyerap nutrien semasa proses penghadaman. Proses pencambahan ini membantu meningkatkan jumlah serat yang tidak larut, sejenis serat yang membantu pembentukan najis dan proses pengeluarannya melalui usus, yang akan mengurangkan risiko untuk berkemungkinan mengalami sembelit.
2. KESIHATAN
JANTUNG
- Mengambil taugeh dalam pengambilan makanan harian anda, ia dipercayai dapat memberikan manfaat kepada jantung anda. Ini kerana ia dapat membantu mengurangkan faktor risiko penyakit jantung seperti paras kolesterol darah tinggi. Beberapa kajian kepada haiwan menunjukkan bahawa memakannya akan membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL yang dikatakan sebagai kolesterol ‘baik’ dan mengurangkan tahap kolesterol LDL yang dikatakan sebagai kolesterol ‘tidak baik’.
3. TEKANAN
DARAH
- Selain itu Taugeh kaya dengan kalium, magnesium dan serat yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah seseorang. Mempunyai tekanan darah tinggi adalah satu masalah kesihatan yang serius kerana ia meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung, satu penyakit utama yang menyebabkan kematian di dunia.
- Ia boleh membantu menurunkan tekanan darah. Melalui kajian yang menghubungkan nutrien seperti kalium, magnesium dan serat yang terkandung di dalam taugeh dapat menjadikan tekanan darah tinggi lebih rendah.
4. GULA
DALAM DARAH
- Apabila seseorang individu mempunyai tahap gula dalam darah yang tinggi dan tidak dirawat, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Ia adalah ciri utama masalah diabetes dan telah dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan yang kronik. Oleh sebab ini, profesional perubatan dan kesihatan sentiasa menasihati ramai individu untuk mengekalkan dan memastikan tahap gula dalam darah berada pada tahap yang sihat.
- Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan mengamalkan memakan taugeh bagi membantu mengurangkan kadar gula dalam darah. Ini kerana komposisi nutrien dalam taugeh baik dalam menurunkan tahap gula dalam darah. Ia tinggi serat dan protein yang menjadikan proses pelepasan gula ke dalam aliran darah menjadi perlahan.
5. BERAT
BADAN
- Terdapat kajian yang dilakukan menunjukkan kandungan serat dan protein dalam taugeh dapat menghalang hormon lapar seperti ghrelin. Tambahan lagi, terdapat kajian tambahan yang mendapati kedua-dua nutrien dalam taugeh ini juga menggalakkan pembebasan dan penghasilan hormon yang menjadikan anda berasa lebih kenyang seperti peptida YY, GLP-1 dan cholecystokinin.
- Dengan membuatkan anda berasa kenyang, ia sekali gus dapat mengawal pengambilan kalori dan membantu mengurangkan berat badan anda.
6. KEHAMILAN
SIHAT
- Bagi wanita hamil, anda sememangnya akan disarankan untuk mengambil makanan yang tinggi kandungan folat semasa tempoh kehamilan. Ia adalah penting untuk membantu pertumbuhan optimum dan perkembangan bayi dalam kandungan anda. Lebih membahayakan wanita yang tidak mendapat keperluan folat yang mencukupi, berdepan dengan risiko kecacatan kelahiran yang lebih tinggi.
- Taugeh mengandungi 80% jumlah pengambilan nutrien makanan yang disyorkan bagi folat dalam satu cawan taugeh yang dimasak, iaitu sebanyak 202 gram. Ia juga tinggi kandungan zat besi, protein dan serat yang sememangnya amat diperlukan oleh individu wanita mengandung.
- Namun, individu wanita yang mengandung harus mengelakkan dari memakan taugeh mentah kerana ia berkemungkinan membawa bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan dan berbahaya kepada bayi dalam kandungan. Sebaiknya pastikan taugeh yang hendak dimakan dimasak dengan sebaiknya.
No comments:
Post a Comment