Monday, October 11, 2021

KHASIAT REBUNG UNTUK KESIHATAN

Rebung buluh merujuk kepada pucuk buluh yang muda dan masih lembut, terutamanya dari spesies Bambusa vulgaris dan Phyllostachys edulis. Di Asia, ia biasanya ambil dan dipotong untuk dimasak sebagai lauk, contohnya gulai rebung dan sayur lodeh.

Rebung adalah tunas atau anakan yang masih muda yang tumbuh dari akar bambu. Penduduk Indonesia maupun Asia umumnya memanfaatkan rebung bambu sebagai bahan makanan. Rebung bambu termasuk salah satu sayuran yang disukai banyak orang karena teksturnya yang renyah dan rasa manis serta aroma khas yang dimilikinya.Rebung bambu digunakan sebagai isi lumpia, makanan khas Semarang; rebung juga sering digunakan sebagai bahan baku masakan khas Jawa Tengah, seperti sayur lodeh. Selain itu, rebung juga diolah menjadi lema.

Buluh sering didapati hidup subur di dalam hutan lembap tropika khususnya di kawasan-kawasan berhampiran lembah sungai, di hutan-hutan sudah dibalak (tanah pamah dan di atas permatang), di dalam belukar (hutan peringkat kedua), di kawasan-kawasan hutan yang telah musnah dan terbiar akibat aktiviti pertanian pindah, pembukaan tanah untuk pertanian dan juga pembalakan.

Spesies buluh yang paling pesat berkembang ialah Moso Cina. Ia dilaporkan tumbuh sehingga 100 cm sehari. Rebung digelar sebagai “Raja Sayuran Hutan” oleh orang Jepun. Rebung dimakan di banyak negara Asia seperti Malaysia. Indonesia, China, Korea, Jepun, Taiwan, Thailand, Filipina, Nepal, dan India.

Terdapat banyak khasiat menjadikan rebung sebagai makanan dalam seharian.Antara khasiatnya ialah :

Rebung yang sihat

1.     MENYEMBUHKAN BISUL DAN LUKA DAN PERNAFASAN

  • Sifat anti inflamasi dan analgesik yang terdapat dalam rebung menjadikan ia boleh menyembuhkan dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.
  • Selain itu rebung juga boleh mempercepatkan penyembuhan bisul yang dihadapi. Maka sesiapa ada bisul bolehlah amalkan makan rebung ni dengan lebih kerap.
  • Mengatasi Masalah Pernafasan
  • Rebung mengandungi asam amino dan merupakan sumber protein yang baik. Oleh itu rebung sangat baik untuk mengatasi masalah pernafasan.

Masak lemak antara menu popular rebung

2.     MENURUNKAN TEKANAN DARAH

  • Rebung mengandungi kalium yang agak tinggi yang mana kalium inilah yang merupakan aset membantu untuk mengurangkan masalah tekanan darah.

 

3.     MENYIHATKAN PENCERNAAN

  • Rebung mempunyai serat yang berperanan dalam menjaga kesihatan kulit, juga boleh untuk melancarkan pencernaan saat buang membuang air besar atau sembelit. Rebung dapat membantu mengatasi masalah pencernaan seperti gastroenteritis. Selain itu Rebung juga bermanfaat dijadikan ubat cacing.

 

4.     MEMUDAHKAN PROSES KELAHIRAN

  • Ianya termasuk tanaman jenis uterotonika yang dapat membantu meningkatkan kontrasi rahim sekaligus dapat memudahkan proses kelahiran.
  • Semasa hamil menjamah makanan apapun menjadi suatu hal yang sangat susah kerana masalah mual atau hilang selera makan. Sekadar mencium bau makanan pun ada yang rasa akan muntah Begitupun dengan bau rebung, yang menurut kebanyakan wanita hamil, bau nya sangat kuat. Walaubagaimanapun daripada kajian rebung amat baik untuk mengurangkan strok semasa masa kehamilan Kandungan kalium dalam rebunglah yang menjadikannya bermanfaat untuk mengontrol tekanan darah, sehingga tensi darah tetap dalam kondisi normal.

 

5.     MENURUNKAN BERAT BADAN

  • Dikenali dengan seratnya, Rebung dapat membantu anda menurunkan berat badan. Ini kerana kandungan kalorinya yang rendah. Rebung mengandungi serat yang tinggi sehingga dapat membuatkan perut cepat berasa kenyang.

Kerabu Rebung antara resipi makanan sihat 

6.     MENURUNKAN KOLESTEROL

  • Menjadi makanan yang dapat membantu menurunkan kadar kolesterol darah dan menyihatkan jantung. itonutrien dan fiotosterol yang terdapat dalam rebung lah, yang menjadi kandungan utama untuk menghentikan kenaikan jumlah lemak buruk yang mengalir di dalam darah.

 

7.     MENINGKATKAN SISTEM IMUN BADAN

  • Mengandungi vitamin A, vitamin E, vitamin B6, asam folat, thiamine, riboflavin, dan niasin. Rebung juga mempunyai mineral penting seperti zat besi, mangan, tembaga, kalium, fosfor, natrium, seng, magnesium, dan kalsium.

  • Semua nutrisi tersebut sangat penting untuk meningkatkan sistem imun badan dan kekebalan tubuh.

Rebung yang belum proses

8.     MERAWAT KESEHATAN KULIT

  • Kulit cantic dan halus merupakan idaman wanita dari dahulu. Sehubungan itu rebung kaya dengan serat dan tinngi vitamin C dan vitamin E yang memang banyak terdapat dalam kandungan produk skincare drugstore maupun high-end yang mampu memberikan kulit sentiasa sihat. Kedua vitamin terbaik untuk kesehatan kulit ini, mampu mencegah sekaligus mengatasi kerusakan kulit akibat terpapar radikal bebas.

 

Rebung

9.     MENURUNKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG

  • Rebung dikatakan mampu mengatasi masalah risko penyakit jantung. Dua kandungan alami iaitu  zat fitonutrien dan fitosterol merupakan zat yang boleh menjaga jantung agar sentiasa sihat. Keduanya dianggap mampu untuk mencegah tumpukan kolestrol akibat lemak jahat di dalam darah, sehingga menurunkan risiko penyakit jantung.

No comments:

Post a Comment