Monday, October 11, 2021

KHASIAT ULAM RAJA

Ulam raja atau kenikirmerupakan tumbuhan spesies Cosmos yang berasal dari Amerika Latin merangkumi kawasan dari Rio Grande do Sul di selatan Brazil ke Tamaulipas di utara Mexico)serta kepulauan Caribbean diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika benua Asia, Afrika, dan Australia.

Pokok ini dipercayai diperkenalkan para penakluk Sepanyol ke kepulauan Filipina yang kemudiannya tersebar meliar serata Asia Tenggara.Tumbuhan ini menjadi dimanfaatkan dalam kalangan masyarakat rantau ini terutamanya sebagai sejenis sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.

Masyarakat Eropah tidak begitu menyukai pengambilan tumbuhan ini sebagai sumber makanan kerana bau kuat yang dilepaskan, namun ia masih dimanfaatkan sebagai suatu tanaman hiasan kerana kuntum bunga ia yang digemari. Ia juga ditanam sebagai suatu tanaman sungkup mengelakkan keringan tanah serta untuk menyegarkan udara sekitar.


Ulam raja mempunyai banyak khasiat untuk manusia . Antara khasiat ulam raja adalah :

 

TINGGI KANDUNGAN ANTI-OKSIDAN

Orang selalu mengatakan bahawa ulam ulaman adalah makanan yang akan mencanttikan kulit dana wet muda. Ulam raja antara ulaman yang termasuk dalam senarai ini. Dalam sebuah kajian, ulam raja telah ditemukan mempunyai kadar anti-oksidan iaitu vitamin C yang tinggi. Bahkan juga, ia merupakan ulam yang mempunyai kadar vitamin C yang lebih tinggi berbanding ulam-ulaman yang lain seperti daun selom, daun kari, pegaga dan juga petai .

 

2. KAYA DENGAN FLAVONOID GLUCOSIDA

 

Selain dijadikan sebagai ulam, Ulam raja juga dijadikan alternatif yang dapat mengawal kadar gula dalam darah terutama sekali bagi pesakit kencing manis. Ini kerana, ulam raja mengandungi sejenis bahan bio-aktif iaitu flavonoid glucosida. Flavonoid glucosida akan merencatkan kadar aktiviti enzim yang terlibat dalam pencernaan karbohidrat. Hasilnya, kadar gula tidak akan naik secara mendadak sebaik sahaja selepas makan


3. MENGAWAL KENAIKAN GULA DALAM DARAH

Ulam Raja yang kaya dengan flavonoid, polifenol, tannin, saponoid dan alkaloid banyak memainkan peranan yang tersendiri yang dapat membantu mengawal kadar gula di dalam darah. Disarankan orang yang menghidap kencing manis untuk mengamalkan pemakanan ulaman termasuk ulam raja.

Ulam Raja
4. ANTI RADANG

Kandungan flavonoid yang tinggi di dalam ulam raja dapat menghalang penghasilan enzim yang mengakibatkan keradangan

 

5. MEMBANTU MELINDUNGI TULANG

Oleh kerana ulam raja mengandungi kadar anti-oksidan yang tinggi, maka secara tidak lansung ia juga telah memainkan peranan yang penting dalam melindungi tulang. Sebuah kajian mendapati bahawa ulam raja mampu melindungi tulang terutama dalam kalangan wanita yang telah mengalami fasa menopos.

 

6. MEMBANTU MENURUNKAN KANDUNGAN LEMAK & KOLESTEROL DI DALAM DARAH

Memandangkan kandungan bahan bio-aktif adalah tinggi, ulam raja  turut memainkan peranan dalam menurunkan paras lemak dan juga kolesterol di dalam darah. Kajian telah mendapati bahawa, fungsi ulam raja dalam menurunkan paras lemak dan kolesterol adalah setanding dengan atorvastatin, sejenis ubat yang digunakan oleh pesakit hiperlipidemia untuk menurunkan kadar kolesterol di dalam darah

 

7. FUNGSI DETOKS

Hati memainkan peranan yang terbesar dalam fungsi detoks. Walaubagaimanapun, enzim yang terlibat dalam proses detoks juga turut terdapat di paru-paru, perut dan juga buah pinggang. Sebuah kajian telah mendapati bahawa fungsi enzim detoks seperti catalase, glutathione s-transferase, dt-diaphorase dan malondialdehyde meningkat di dalam organ-organ tersebut

 

8. MENGAWAL TEKANAN DARAH

Di Indonesia Timur, ulam raja telah dijadikan sebagai salah satu kaedah perawatan alternatif bagi mengawal tekanan darah tinggi. Ulam raja mempunyai satu ciri klinikal di mana ia dapat membantu menurunkan kadar tekanan darah melalui fungsi diuretik iaitu peningkatan jumlah cecair yang dikeluarkan melalui urin (air kencing). Tambahan pula, ulam raja juga mampu merencatkan sejenis enzim yang mengecutkan saluran darah yang seterusnya akan mengawal tekanan darah

 

9. BERTINDAK SEBAGAI ANTI-KANSER

Kandungan anti-oksidan seperti klorogenik, catechin dan juga quercetin dapat membantu untuk melawan penyakit yang berpunca daripada radikal bebas yang dihasilkan oleh tubuh. Selain itu, ia juga berpotensi untuk bertindak sebagai anti-kanser

No comments:

Post a Comment