Monday, October 11, 2021

KHASIAT SAYUR ASPARAGUS

Asparagus (Jawi: ‏أسڤاراݢوس‎‎), sapersi (juga: sepersi, Jawi: سڤيرسي‎), saperji, akar parsi atau akar separuh keras adalah tumbuhan saka berbatang kecil yang berasal dari daerah timur Mediterranean, tetapi juga tumbuhan asli di kebanyakan negara Eropah, utara Afrika dan barat Asia. Ia juga diklasifikasikan sebagai sayur-sayuran kerana pucuknya boleh dimakan dengan mengutip bahagian pucuk muda (rebung) yang keluar dari pangkal pokok. Ia kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, natrium, kalium, vitamin A dan C dan niasin.

Pucuk atau tunas asparagus akan dipetik sebaik sahaja capai ketinggian 16-25 cm dari paras tanah. Asparagus hijau terjadi apabila pucuk yang keluar dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari dan asparagus hijau diperolehi dengan menimbus pangkal pokok dengan tanah. Lazimnya asparagus putih berada dalam tanah dan mempunyai saiz batang lebih besar berbanding dengan asparagus hijau.

Penuaian asparagus dijalankan selepas 12 minggu (3 bulan) penanaman dengan syarat pertumbuhan pokok subur dan banyak tunas asparagus muncul sepanjang tahun. Penuaian mesti mempastikan 'pokok ibu' atau pokok induk sentiasa subur dan tinggal 3-5 tunas untuk dijadikan pokok. Potong dengan pisau tajam 18-25 cm panjang dari paras tanah kebahagian pucuk untuk asparagus hijau. Bagi asparagus putih, potongan sepanjang 10 cm dari pangkal pucuk muncul bermula di permukaan tanah. Kambus balik pangkal rumpun tanaman asparagus selepas menuai. Kajian ahli agronomi mendapati purata hasil asparagus adalah dalam lingkungan 1.5 - 1.8 mt/ha di Malaysia, 2.1 mt/ha di Indonesia, 4.4 mt/ha di Thailand. Purata penghasilan asparagus di seluruh dunia sekitar 3 mt/ha.

KHASIAT SAYUR ASPARAGUS

Kandungan pemakanan asparagus adalah berbeza antara asparagus hijau dan asparagus putih. Setip 100 g asparagus hijau mengandungi 92 g air, 2.8 gm protein, 0.2 gm lemak, 2.2 g karbohidrat, 980 IU vitamin A, 0.23 g vitamin B, 2.2 mg niasin dan 52 mg fosforus serta 132 kJoule tenaga. Kandungan zat pemakanan asparagus putih lebih rendah sedikit. Berat setiap 1,000 biji benih asparagus bersamaan 40 g.

Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit yang berpunca daripada pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah seterunsya menyebabkan wujudnya masalah-masalah kulit seperti jerawat atau kudis, asparagus merupakan jawapan yang tepat bagi mereka. Ini kerana kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi masalah-masalah kulit.

 

1. MENURUNKAN BERAT BADAN

Asparagus boleh menurunkan berat badan anda kerana Kalori asparagus sangatlah rendah. Setengah cangkir asparagus hanya mengandung 20 kalori. Maksudnya kita boleh makan seberapa banyak asparagus kerana ia tidak akan menyebabkan kita menyimpan banyak kalori dalam badan.

Selain itu, asparagus mengandung 94% air. Penelitian menunjukkan bahawa mengonsumsi makanan rendah kalori dan kaya air dikaitkan dengan penurunan berat badan.

Asparagus boleh dibuat Jus

2. MENINGKATKAN ANTIIBODI BADAN

Selain buah limau, asparagus juga mengandung vitamin C yang tinggi yang bagus untuk sistem antibodi tubuh. Kandungan vitamin C nya yang tinggi dapat membantu melawan virus selesema dan membangun sistem imun dalam badan.

 

3. ANTIOKSIDAN YANG BAIK

Asparagus kaya akan antioksidan, vitamin E, vitamin C dan glutathione. Antioksidan adalah yang membantu melindungi sel manusia dari berbagai efek berbahaya radikal bebas dan stres oksidatif. Mengamalkan dan Memakan makanan yang tinggi antioksidan dapat mencegah dan melambatkan penuaan, peradangan yang bahaya dan banyak penyakit lainnya, termasuk kanser.

 

4. MENGUATKAN SEMANGAT

Asparagus kaya  folat dan vitamin B yang dapat meningkatkan kekuatan dan menjadi makanan yang boleh mengurangkan stress dan sifat marah seseorang. Para peneliti telah menemukan hubungan antara rendahnya kadar folat dan vitamin B12 pada orang yang mengalami stres, Pada masa sekarang beberpa doctor pemakanan telah mencuba untuk menjadikan asparagus salah satu nutrient untuk mengurangkan kemarahan atau stress seseorang.


5. MENURUNKAN TEKANAN DARAH

Tekanan darah tinggi merupakan faktor risiko utama penyakit jantung dan stroke. Penelitian menunjukkan bahwa meningkatkan asupan kalium sekaligus mengurangi asupan garam adalah cara efektif untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Makan lebih banyak sayuran kaya kalium, seperti asparagus, adalah cara yang bagus untuk membantu menjaga tekanan darah kamu dalam kisaran yang sihat.

Asparagus boleh masak pelbagai jenis menu

6. MENGUATKAN KANDUNGAN IBU HAMIL

Asparagus adalah sumber folat yang sangat baik. Setenga gelas jus asparagus boleh memberi orang dewasa 34% dari kebutuhan folat harian mereka dan wanita hamil dengan 22% dari kebutuhan harian mereka. Folat adalah nutrisi penting yang membantu membentuk sel darah merah dan menghasilkan DNA untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sehat. Ini sangat penting terutama selama tahap awal kehamilan untuk memastikan perkembangan bayi yang sehat. Mendapatkan cukup folat dari makanan seperti asparagus dapat melindungi dari cacat tabung saraf, termasuk spina bifida.

 

7. MENGUATKAN PENCERNAAN

Serat sangat penting untuk kesihatan pencernaan. Setengah gelas jus asparagus mengandung 1,8 gram serat, yang merupakan 7% dari keperluan harian tubuh manusia.. Kajian yang dijalankanmenunjukkan bahawa diet tinggi buah-buahan dan sayuran kaya serat dapat membantu mengurangi risiko tekanan darah tinggi, penyakit jantung, dan diabetes.

 

8. MENCEGAH PENYAKIT KANSER

Kadar radikal bebas yang tinggi dalam tubuh dapat menyebabkan kerosakan sel yang dapat menyebabkan kanser. Asparagus menyediakan berbagai antioksidan yang dapat membantu tubuh menghilangkan zat radikal bebas berbahaya ini. Ditambah lagi, kandungan folat dan serat terbukti dapat mencegah beberapa jenis kanker.

 

9. MENINGKATKAN FUNGSI OTAK

Asparagus dapat membantu otak kita melawan penurunan kognitif. Seperti sayuran hijau, asparagus menghasilkan folat, yang bekerja dengan vitamin B12 yang ditemukan dalam ikan, unggas, daging, dan produk susu, untuk membantu mencegah gangguan kognitif. Dalam kajian yang telah dijalankan menunjukkan, orang dewasa yang lebih tua dengan tingkat folat dan B12 yang sihat menunjukkan kinerja yang lebih baik dalam tes kecepatan respons dan fleksibilitas mental.

 

10. MENCEGAH PENYAKIT OSTEOPOROSIS

Asparagus mengandung fosfor, zat besi, vitamin K, dan beberapa kalsium, yang semuanya berkontribusi pada kesehatan tulang. Segelas jus asparagus mengandung hampir setengah dari kebutuhan harian vitamin K orang dewasa. Vitamin K terbukti mendukung kesehatan tulang dan dapat membantu mencegah osteoporosis.

No comments:

Post a Comment