Monday, October 11, 2021

Bayam merah adalah dari tumbuhan keluarga Amaranthacea. Nama saintifiknya adalah Amaranthus gangeticus. Nama Inggerisnya adalah 'blood amaranth', 'red amaranth', 'purple amaranth', 'prince's feather' dan 'Mexican grain amaranth'. Ia adalah pokok berbunga tahunan yang mempunyai bunga ungu gelap. Ia mampu tumbuh setinggi 2-3 kaki tinggi.Dapat meningkatkan kerja ginjal, mengatasi diabetes mellitus, kolesterol, darah tinggi dan melancarkan pencernaan. Akar bayam merah berkhasiat sebagai obat disentri.Kajian saintifik menunjukkan ia membantutkan penyerapan kalsium. Kajian lain pula mencadangkan bahawa disebabkan kadar antioksidanya yang tinggi, ia mungkin mempunyai peranan radioprotective pada tikus.

Tinggi batang daun 0.4-1 meter dan bercabang, batang lemah dan berair, daun bertangkai, berbentuk bulat telur, lemas, panjang 5-8 cm, ujung tumpul, pangkal runcing serta berwarna merah.

1.    DAPAT MENCEGAH PENYAKIT GINJAL MENYEHATKAN PENCERNAAN

Kandungan bayam merah yang tinggi serat dapat menyihatkan saluran pencernaan, dan dikatan boleh membantu dari segi melancarakan pembuangan najis terutama oleh penghidap kanser usus.

Selain itu, makanan berserat seperti bayam merah ini juga sesuai diamalkan dari segi pemakanan  oleh anda yang ingin menurunkan berat badan, mengurangi kadar gula darah, dan membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Selain itu, serat larut pada kandungan bayam merah membantu membersihkan saluran pencernaan sehingga membantu mengatasi penyakit disentri.

 

2. DAPAT MENINGKATKAN FUNGSI PENGLIHATAN

Vitamin C dan E yang terdapat dalam bayam merah boleh meningkatkan fungsi penglihatan. Nutrisinya boleh memerkuat saraf optik, dana mat sesuai kepada mereka yang kerap menghadap laptop, computer atau gadget. Amalkan makan bayam sekurangnya 3 kali seminggu.

Bayam masak bening.

3. MENGATASI ANEMIA

Kerap pening dan kepala berputar disebabkan anemia boleh dikurangkan dengan pengambilan sayur bayam merah. Bayam merah sesuai dimakan oleh penderita anemia defisiensi besi

Kandungan bayam merah kaya akan zat besi yang mampu meningkatkan produksi sel darah merah dan menyehatkan metabolisme tubuh secara keseluruhan.  Selain itu,  bayam merah juga mengandung vitamin C yang dapat mengoptimalkan penyerapan zat besi di dalam tubuh.

 

4. MENGUATKAN SISTEM IMUN

Manfaat bayam merah berupa meningkatkan sistem kekebalan tubuh datang dari kandungan vitamin C. Vitamin ini penting untuk mengatasi infeksi dan mempercepat proses penyembuhan. Vitamin C juga dapat menangkal radikal bebas di lingkungan yang kerap dihubungkan sebagai penyebab penuaan  hingga penyakit kanser.

Daun bayam

5. ALTERNATIF PROTEIN

Kandungan protein dalam bayam merah yang tinggi menjadikan ia memberi manfaat daun bayam merah sebagai sumber protein nabati yang baik. Protein nabati cenderung rendah lemak dibanding protein dari daging haiwan dan tidak mengandung kolesterol.

 

6. MEMPERKUAT AKAR RAMBUT

Kandungan dalam bayam merah termasuklah asam amino lisin yang boleh atau dapat membantu merangsang penyerapan tenaga dan kalsium lebih baik pada tubuh.

Selain itu, lisin juga mampu mengatasi masalah rambut, seperti rambut gugur dan rambut memutih sebelum waktunya. Memperkuat akar rambut, supaya tidak mudah gugur. Campurkan bayam merah dengan garam secukupnya, lalu jus dan minum secara teratur.

 

7. MENCEGAH OSTEOPOROSIS DAN MEMBUAT TULANG SEMAKIN SEHAT DAN KUAT

Bayam Merah juga mengandungi Vitamin K yang membantu melambatkan proses osteoporosis atau tulang reput. Bayam merah merupakan sayuran yang kaya akan kandungan kalsium dan vitamin K. Kedua nutrisi ini terbukti dapat membantu meningkatkan kesihatan tulang dan mencegah datangnya berbagai penyakit, salah satunya ialah osteoporosis.

 

8. MEMBANTU MENGENDALIKAN TEKANAN DARAH

Bayam merah juga  mengandung kalium. Mineral iaitu mineral yang boleh mengurangi kadar natrium berlebih pada tubuh melalui urine. Diketahui, natrium adalah zat yang menyebabkan tekanan darah meningkat. Selain itu, kalium juga mengurangi tekanan pada dinding pembuluh darah sehingga tensi pun turun. 

No comments:

Post a Comment