Saturday, October 23, 2021

KHASIAT UBI KAYU UNTUK KESIHATAN

Ubi kayu (nama botani: Manihot esculenta) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.


Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan. Bagus sebenarnya makan ubi kayu ni. Banyak khasiatnya.

MENGUATKAN SISTEM BADAN

Kandungan vitamin C dan beta karotin dalam ubi kayu berfungsi sebagai antioksidan yang berperanan untuk meningkatkan kekebalan tubuh. Mengamal makan ubi kayu secara rutin dan teratur dapat mencegah berbagai penyakit.

MENURUNKAN TEKANAN DARAH

Kandungan kalium pada ubi kayu mampu menurunkan tekanan darah. Untuk mendapatkan hasil yang baik, seharusnya kita tidak menggunakan garam berlebihan ketika memasak ubi kayu. Penggunaan garam berlebihan akan meningkatkan tekanan darah.


MENJAGA KESIHATAN MATA

Kandungan beta karotin pada ubi kayu sangat baik untuk kesihatan mata. Selain itu, kandungan ini juga berfungsi mencegah berbagai macam penyakit yang berhubung dengan mata, seperti rabun jauh dan katarak. Anda digalakkan mengambil anggaran 200 gram ubi kayu yang sudah direbus. Cara ini diyakini sangat efektif untuk mencegah kerosakan mata.


MERANGSANG SARAF OTAK

Kandungan zat kolin yang terdapat pada ubi kayu berfungsi membantu proses kimia dalam sel saraf otak.Ia sangat baik untuk pesakit Alzheimeir yang mana ia dapat menghadkan kerosakan neuron di dalam otak.  Zat ini berfungsi mempertahankan membran sel dan meningkatkan memori serta mengawal radikal bebas.

MENCEGAH PENUAAN

Kandungan beta karotin yang diubah menjadi vitamin A dapat mempercepat proses pembentukan sel kulit baru. Proses ini dapat melambatkan proses penuaan.


MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG

Mengamal makan ubi kayu sangat baik untuk kesihatan jantung. Ubi kayu memiliki kandungan serat dan kalium yang berperanan penting dalam menurunkan kolesterol berlebihan dalam darah. Fungsi ini dapat mencegah penyakit jantung secara efektif.


MENCEGAH PENYAKIT DIABETIS

Ubi kayu memiliki kandungan nutrien yang dapat membantu mengurangkan kadar gula dalam darah. Nutrien ini berfungsi mengurangkan sel-sel terhadap insulin. Kandungan tersebut dapat mencegah penyakit diabetes.

MELANCARKAN SISTEM PENGHADAMAN

Ubi kayu bebas daripada gluten maka ia sangat sesuai bagi orang yang mengidap penyakit celiac, sejenis penyakit yang membawa kepada kerosakan usus kecil dan gangguan penyerapan nutrien daripada makanan.  Makan ubi kayu merupakan altenatif bagi orang yang alah kepada makanan dari tepung gandum yang mengandungi banyak gluten. 


MENGGANTIKAN SUSU

Ubi kayu mengandungi mineral seperti kalsium, fosforus, kalium dan magnesium. Walaupun kuantitinya rendah, ubi kayu boleh digunakan untuk mengganti bahan-bahan lain seperti susu. Ia amat kaya dengan zat besi dan vitamin B termasuk asid folik yang amat penting bagi ibu-ibu hamil. 

MENGUATKAN TULANG

Ubi kayu adalah sumber sederhana kumpulan B-kompleks vitamin seperti folates, thiamin, pyridoxine (vitamin B6), riboflavin dan asid pantothenic. Ubi kayu adalah sumber protein pemakanan dan vitamin K yang baik untuk struktur jisim tulang seterusnya menguatkan tulang.


MENCEGAH RADANG SENDI

Ubi kayu juga mengandungi phyto-kompaun dikenali sebagai saponin yang bertindak balas sebagai steroid semulajadi.  Apabila kompaun diekstrak dari ubi kayu, ia menghasilkan sabun semulajadi atau syampu. Saponin membantu untuk mengurangkan keradangan terutamanya di bahagian sendi. Ubi kayu sering digabungkan dalam formula untuk merawat keadaan radang seperti keadaan artritis dan reumatoid. 


MENCEGAH BATU KATANG

Kajian mendapati bahawa ubi kayu mempunyai keupayaan untuk memecahkan deposit mineral dan bukan organik. Ini bermakna, ubi kayu membantu untuk memecahkan atau menghalang terbinanya kapur batu karang, batu karang hempedu. Ia juga boleh membantu pemulihan gejala seperti radang prostat.


MENYEJUKKAN BADAN

Ubi kayu yang digabungkan dengan beras boleh membantu menyejukkan badan dalam perubatan tradisional India. Ha, bukan sebarangan ubi kayu ni. Banyak khasiatnya tu. Jadi boleh la amal makan ubi kayu.

KHASIAT DAUN LIMAU PURUT UNTUK KESIHATAN

Limau purut (nama saintifik: C. hystrix) adalah sejenis tumbuhan sitrus yang bertaburan asal di kawasan-kawasan tropika Asia Tenggara dan selatan China, ia dikenali kerana permukaan buah limau ia yang kasar berkutil bintil atau "purut". Ia sering kali digunakan dalam masakan-masakan dan perubatan tradisi serata Asia Tenggara.

Daun-daun limau purut amat penting dalammasakan- masakan Thailand (seperti nam phrik dan tom yam),Kemboja, Nusantara 7 Malaysia dan Indonesia (terutamanya dalam kalangan masyarakat Jawa dan Bali) dan Myanmar. Kulit buah limau purut dijadikan antara rempah utama dalam kari Thai. Selain itu turut diakui bahawa kulit limau purut mengandungi banyak khasiat. dan selain baunya yang harum dan menyegarkan, daun limau purut kaya dengan pelbagai khasiat. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan khasiat dan kegunaan daun limau purut. Di antara khasiat & kegunaan daun limau purut ialah:
MENYEDAPKAN MAKANAN

Apabila memasak, anda boleh masukkan daun limau purut kedalam masakan seperti tomyam, paprik, rendang, sup, dan nasi goreng. Aromanya yang harum akan menjadikan masakan anda semakin lazat. Apabila makanan berbau sedap, secara automatik rasanya juga akan menjadi lebih sedap.


MENAIKKAN SELERA MAKAN

Jika anda takde selera makan disebabkan oleh kepenatan melampau, demam, batuk, atau selsema, makanan yang dimasukkan daun limau purut pastinya membangkitkan selera ada. Potong nipis daun limau purut dan masukkan ke dalam makanan yang sedang dimasak diatas dapur. Hidangkan dalam keadaan panas, aromanya pasti membuka selera anda untuk makan.

MEMBUANG TOKSIN DALAM BADAN 

Di antara tanda badan anda bertoksin ialah kepenatan yang melampau, mudah berasa penat, mengantuk walau pun baru bangun dari tidur, sakit badan, tidak berasa segar, dan kelesuan. Jika anda mengalami simptom-simptom tersebut, kami cadangkan anda mandi air daun limau purut untuk detox. Cara menyediakannya:

  • Ambil 10 helai daun limau purut, hiris halus
  • Ambil 5 biji buah limau purut, potong 4
  • Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam
  • Ramaskan daun limau purut & perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya
  • Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi
  • Ratakan ke seluruh badan, terutamanya kepada & rambut
  • Air mandian ini akan membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda

BUANG TOKSIN DALAM BADAN

Selain membuang toksin, air mandian daun limau purut dan sedikit perahan limau purut juga membantu menghilangkan bau badan. Cara menyediakannya:

  • Ambil 10 helai daun limau purut, hiris halus
  • Ambil 5 biji buah limau purut, potong 4
  • Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam
  • Ramaskan daun limau purut & perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya
  • Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi
  • Gosokkan daun limau purut & buah limau purut ke seluruh badan. Bau wangi dari daun dan buah akan melekat pada badan anda


MENGHILANGKAN BAU KETIAK

Jika anda mempunyai masalah bau ketiak yang tidak dapat dikurangkan dengan penggunaan deodoran, anda boleh mencuba daun limau purut. Caranya:

  • Ambil beberapa helai daun limau purut
  • Potong halus
  • Ramas sehingga keluar bau
  • Gosokkan daun limau purut tadi ketiak semasa mandi
  • Semasa menggosok, pada mulanya anda akan menghidu bau busuk ketiak anda menjadi semakin kuat. Lama-kelamaan bau akan semakin hilang
  • Amalkan selalu, anda akan mendapat kesan yang menakjubkan


PEWANGI SEMULAJADI

Siapa yang tak sukakan wangian? Ramai yang memilih untuk menggunakan pewangi yang dibeli dari kedai untuk diletakkan didalal kereta atau bilik. Namun tahukah anda bahawa pewangi yang dibeli mengandungi bahan kimia dan toksik yang boleh menjejaskan kesihatan, terutamanya pada anak kecil.

Sebagai alternatif, anda boleh buat sendiri pewangi untuk bilik dan kereta anda. Ianya bukan sahaja berbau harum malah dijamin selamat tanpa sebarang bahan merbahaya. Caranya:

  • Ambil 10 helai daun limau purut
  • Ambil 2 helai daun pandan
  • Beli sedikit kelopak mawar dari penjual bunga
  • Hiris halus daun limau purut, daun pandan, dan kelopak mawar tadi.
  • Masukkan kedalam bekas untuk menjadi pewangi bilik atau kereta

PEMUTIH GIGI

Usah percayakan iklan ubat gigi yang kononnya mampu memutihkan gigi. Walau pun anda membayar harga yang mahal, tiada jaminan bahawa ianya berkesan. Jom kami kongsikan tips memutihkan gigi yang murah dan berkesan iaitu dengan menggunakan daun limau purut. Caranya:

  • Ambil beberapa helai daun limau purut
  • Ambil secubit garam
  • Tumbuk daun limau purut & garam tadi sehingga menjadi pes
  • Gunakan pest tadi seperti ubat gigi untuk memutihkan gigi
  • Gunakan dengan kerap, 2 kali sehari


MENGHILANGKAN BAU MULUT

Selain memutihkan gigi, daun limau purut juga membantu menghilangkan bau mulut. Caranya:

Kunyah sehelai daun limau purut setiap pagi atau sebelum keluar rumah

Jadikan sebagai pes bersama garam seperti cara menggunakan daun limau purut untuk memutihkan gigi diatas

MENYEGARKAN UDARA

Jika anda duduk dalam bilik yang tertutup dan berhawa sejuk seperti pejabat, anda boleh gunakan daun limau purut untuk menyegarkan udara. Caranya hiris daun limau nipis dan masukkan ke dalam bekas. Letakkan diatas meja. Haruman dari daun limau purut akan mengharumkan ruang pejabat anda, memberikan kesegaran, dan sedikit sebanyak mampu mengurangkan stress akibat kerja.


MENGHILANGKAN KELEMUMUR

Jika anda mengalami masalah kelemumur dan dah penat bertukar syampu namun hasilnya tetap menghampakan, apa kata kalau kami cadangkan anda cuba daun limau purut pula. Caranya:

  • Ambil 10 helai daun limau purut
  • Kisar bersama sedikit air. Jangan terlalu cair.
  • Atau pun, kalau rajin, anda boleh tumbuk & kemudian campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi pes
  • Selepas bersyampu, ambil pes tadi & letakkan di kepala
  • Ratakan ke seluruh kulit kepala & rambut
  • Urut kurip kepala supaya pes tadi meresap
  • Biarkan seketika
  • Bilas sehingga bersih