Friday, September 27, 2019

TAFSIR MIMPI TENTANG TELINGA

Pentafsiran mimpi ialah proses peletakan erti kepada mimpi. Dalam banyak masyarakat purba, seperti yang dari Mesir dan Yunani, mimpi dianggap sebagai komunikasi adikodrati atau erti campur tangan ketuhanan, yang pesanannya boleh diungkaikan oleh orang dengan kuasa tertentu. Pada masa kini, pelbagai sekolah psikologi telah menawarkan teori tentang erti mimpi.
  • Mimpi melihat telinga : Akan didesas-desuskan orang lain tentang anda.
  • Mimpi melihat seorang bertelinga lebar / besar : Permohonan anda akan dikabulkan.
  • Mimpi diri sendiri bertelinga besar : Akan memperoleh kegembiraan.
  • Mimpi telinga sendiri diperban : Kepercayaan anda akan disalahgunakan orang.
  • Mimpi membersihkan telinga sendiri : Persoalan anda akan terbukti.
  • Mimpi menjewer telinga seseorang : Akan susah, karena kejahatan kekasih anda.
  • Mimpi telinga anda yang dijewer : Peringatan suatu janji yang tidak anda tepati

PETUA MELEBATKAN RAMBUT

Rambut merupakan anggota badan yang terletak di atas kepala. Lazimnya rambut berwarna hitam. Namun sesetengah orang rambutnya berwarna perang terutamanya pada mereka yang tinggal di Barat.

Kita sering merasa rendah diri apabila rambut kita Nampak botak dan tidak selebat orang lain. Berikut merupakan petua yang boleh diamalkan,selamat mencuba



DAUN PANDAN

  • Tumbukkan beberapa helai daun pandan sehingga hancur. Kemudian,masukkan sedikit air dan perah.
  • Sediakan semangkuk santan dan campurkan dengan pandan tadi. Kacau rata dan simpan semalaman.
  • Keesokan harinya, sapukan bahan tadi pada rambut dan biar selama setengah jam. Bilas rambut dan lihat hasilnya dalam beberapa minggu.

DAUN ASIN ASIN

  • Tumbuk segenggam daun asin-asin sehingga lumat.
  • Perahkan airnya dan campurkan dengan semangkuk santan kelapa.
  • Lumurkan pada rambut. Biarkan beberapa minit.
  • Kemudian bilas dengan air suam.
  • Selamat mencuba ye semoga bermanfaat