Sunday, March 31, 2019

PETUA ELAK KAKI BERBAU


1- Elak memakai stokin dari nylon, guna stokin diperbuat dari kapas supaya tidak berkuap. Pakailah sarung kaki dari bahan kapas atau benang bulu yang dapat membantu kaki tetap kering.

2- Jika kasut anda lembap, jemur di bawah panas matahari untuk mengeringkannya. Jangan pakai kasut yang lembap nanti kaki berkulat.

3- Sediakan lebih dari sepasang kasut begitu juga dengan stokin kalau boleh sehari satu stokin berlainan.

4- Amalkan membasuh kaki dan sabun dengan sabun antibakteria selepas membuka kasut setelah seharian memakainya.

5- Jika kaki anda masih berbau, amalkan merendam kaki kedalam air suam selama 10-15 minit dan gosok di bahagian celah-celah jari bagi membuang kotoran.

6- Sekiranya masalah kaki berbau masih berlarutan, cuba petua ini, didihkan 3 cawan air bersama 3 uncang teh dan dicampurkan dengan setengah baldi air sejuk kemudian rendamkan kaki dalam air tersebut bagi menghilangkan bau tersebut.

7- Ambil sebiji limau nipis dan gosokkan dibahagian kaki. Kalau boleh amalkan setiap hari dan ia amat berkesan untuk mengatasi masalah kaki berbau.

8- Boleh juga beli bedak antiseptik dan taburkan di dalam kasut atau sapu di bahagian kaki setiap kali sebelum memakai kasut. Bedak ini mampu menyerap peluh dan mengurang kaki berbau.

9- Setelah mandi, selalu keringkan kaki secara menyeluruh.

10- Pakailah kasut yang terbuat dari bahan seperti kulit. Ini memungkinkan kaki dapat bernafas sehingga terhindar dari bau yang disebabkan keringat.

11- Hindari memakai kasut yang sama dua hari berturut-turut. Oleh kerana kaki mengeluarkan peluh yang banyak, kasut memerlukan waktu untuk kering.

12- Ganti sarung kaki sekali atau dua kali sehari.

13- Bersihkan setiap kulit kaki yang mati dari telapak kaki, basuh kaki dengan air hangat dan keringkan secara menyeluruh.


CARA UNTUK MENGETAHUI POWER BANK ORIGINAL ATAU FAKE

LIHAT BOARD DAN JENIS BATTERY
Yang ini agak payah sedikit kerana anda harus buka powerbank anda dan lihat isi di dalamnya. Anda juga boleh lihat Board (Papan Litar) dan Battery yang digunakan dan adakah ianya daripada Pineng. Anda juga boleh lihat adakah Board itu dibuat dari zaman bila. Kerana kebiasaanya ada yang gunakan Board dan Battery lama dan recyle semula. Powerbank Refurbished memang bahaya digunakan, bagi yang tidak tahu.

CHECK BERAT POWERBANK
Secara mudahnya, boleh goncang powerbank korang. Kalau dengar bunyi pasir, itu maksudnya ianya tiruan. Dan jika ada bunyi² macam pelik² sikit dan longgar, anda boleh mula was² dengan keaslian powerbank anda. Powerbank Pineng memang dibuat dengan padat dan kemas, jadi ianya tidak akan berbunyi. Ianya akan tegap.

LIHAT WARRANTY
Untuk warranty powerbank Pineng, ianya setahun daripada Pineng. Dan jika ianya 6 bulan dan juga ianya warranty daripada kedai, anda boleh faham sendiri. Repair sendiri lagi bahaya.

LIHAT PERMAINAN HARGA
Untuk harga powerbank Pineng ORIGINAL, kebiasaanya ianya berharga RM85-RM120 buat masa ini. Dan jika ianya kurang daripada itu, anda harus lebih berhati-hati. Takkanlah harga kos RM85 dan peniaga akan jual RM65/RM45 kan? Peniaga mana yang nak rugi? Peniaga juga harus tanggung kos warranty setahun, cukai import dan lain-lain.

*Dan yang paling PENTINGNYA :*

⭕ KORANG HARUS LIHAT SIAPA YANG MENJUAL DAN BERAPA LAMA DIA MENJUAL
Kerana  jika penjual yang menjual itu sering bertukar-tukar produk, kejap jual powerbank, kejap jual fidget spinner, kejap jual barang kosmetik, anda harus fikir berulang kali.

Kerana warranty anda adalah setahun dan anda perlukan peniaga yang boleh bantu anda claim hingga ke akhirnya. Takkan beli mahal-mahal, tapi  lepas dua bulan, peniaga itu jual produk lain dan hilangkan diri. Anda juga yang rugi.

 ➡ Powerbank yang tak bagus, powerbank mudah meletup, powerbank merosakkan telefon anda, itu adalah semuanya Klon/OEM set. Powerbank murahan itu tiada sistem dan ianya BAHAYA digunakan. Jadi belilah powerbank daripada penjual yang boleh dipercayai dan ambil secara direct daripada Pengeluar.

 ➡ Harga Powerbank Klon/OEM tidaklah jauh beza, ianya beza cumalah RM10-RM15 sahaja, tapi bagi kami, alang-alang membeli, belilah yang ORIGINAL agar anda dan keluarga anda selamat semasa menggunakannya. Ianya juga LEBIH TAHAN 10x daripada powerbank tiruan.