Monday, March 25, 2019

PETUA MENGHILANGKAN PARUT

BAHAN BAHAN
1. Kunyit hidup
2. Daun pisang
3. Garam

PROSES PENYEDIAAN
Caranya ialah mula-mula tumbuk kunyit hidup sehingga lumat  (macam tumbuk sambal) , kemudian letak sedikit garam.

Selepas itu bungkus sebatian di dalam daun pisang.

Langkah terakhir ialah dengan memanggang bungkusan kunyit  (letakkan diatas sudu) dan diletakaan diatas api dapur.

Pastikan api kecil jangan sampai hangus. Tujuan kita ialah cuma untuk memanaskan sebatian tersebut.

Biarkan sehingga suam, kemudian letakkan dibahagian berparut.

Ulang langkah tersebut setiap hari. InysaAllah parut yang baru akan cepat hilang.

Kalau parut lama ambil masa sikit lah.


PETUA KEMPISKAN PERUT

Cara untuk mengempiskan perut dengan cepat dan selamat
1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.

2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.