Friday, March 9, 2018

KEGUNAAN BUAH LEMON


Lemon ialah pokok kecil yang malar hijau (Citrus × limon, selalu diberi sebagai C. limon) berasal dari Asia, dan juga nama untuk sejenis buah limau bujur yang berwarna kuning dan tebal kulitnya serta masam rasanya

Asal tepat dari lemon masih misteri, walaupun dianggap secara meluas bahawa lemon pertama tumbuh di India, utara Burma dan China. Di Asia Tenggara dan Selatan, ia dikenali kerana sifat antiseptik dan digunakan sebagai penawar untuk pelbagai racun. Lemon masuk ke Eropah (di dekat Itali selatan) paling lambat pada abad ke-1 Masihi, pada masa Rom Kuno. Namun, tidak banyak yang ditanam. Lemon kemudian diperkenalkan ke Parsi dan kemudian ke Iraq dan Mesir sekitar tahun 700. Lemon pertama kali tercatat dalam kesusasteraan dalam risalah Arab abad ke-10 mengenai pertanian, dan juga digunakan sebagai tanaman hias di kebun Islam awal. Ia diedarkan secara meluas di seluruh dunia Arab dan wilayah Mediterranean antara 1000 dan 1150 M. Asal genetik lemon bagaimanapin, dilaporkan merupakan hibrid antara oren pahit dan sitron.

Penanaman lemon besar pertama di Eropah bermula di Genoa pada pertengahan abad ke-15. Beliau kemudian diperkenalkan ke Amerika tahun 1493 ketika Christopher Columbus membawa biji lemon untuk Hispaniola sepanjang perjalanan itu. Penaklukan Sepanyol di seluruh Dunia Baru membantu menyebarkan biji lemon. Ia terutama digunakan sebagai perhiasan dan ubat. Pada abad ke-18 dan 19, lemon semakin banyak ditanam di Florida dan California, ketika itu lemon mula digunakan dalam masakan dan perisa.

Pada 1747, ujian James Lind pada pelaut yang menderita penyakit skurvi melibatkan penambahan vitamin C dalam diet mereka dengan jus lemon.

Jalur etimologi perkataan lemon menunjukkan asal Timur Tengah. Salah satu sebutan paling awal "lemon" dijumpai dalam dokumen Inggeris Tengah kebiasaan 1420-1421, yang menarik dari lemon Perancis Lama, dari situ ke limone Itali, daripada laymūn atau limun Arab, dari līmūn Parsi

KEGUNAAN BUAH LEMON YANG MUNGKIN ANDA TAK TAHU

1. CANTIKKAN KUKU SECARA SEMULAJADI.
Belah dua limau nipis. Gosok kat  kuku anda dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian, bilas dengan air.

2. Hilangkan Bau Tangan.
Ambil potongan limau nipis atau lemon dan gosokkan perlahan-lahan pada tangan selepas dibersihkan dengan sabun. Kemudian dibilas dengan air bersih seperti biasa.

3. PETUA TRADISIONAL BAGI MENGHALANG GIGITAN NYAMUK.
petua tradisional bagi menghalang gigitan nyamuk selain dari menggunakan penyembur racun serangga. Hanya dua bahan yang diperlukan iaitu limau nipis serta bunga cengkih.

4. HILANGKAN BAU KAKI.
Sediakan air di dalam besin dan letakkan bunga ros, kekwa serta limau purut. Rendamkan kaki selama 10 minit. Campur sekali garam bukit.

5. CARA MUDAH HILANGKAN BAU DALAM MICROWAVE
Hiris limau dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air.Panaskan mangkuk berisi air dan lemon itu di dalam microwave selama dua hingga tiga minit. Kemudian, lap microwave menggunakan tisu

6. CANTIKKAN KUKU SECARA SEMULAJADI
Belah dua limau nipis. Gosok kat  kuku anda dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian, bilas dengan air.

7. HILANGKAN KERAK HITAM PADA KUALI
Potong lemon dan rebus bersama dengan kulit. Biarkan sejuk selama 3-4 jam sebelum korang cuci periuk tersebut seperti biasa.

Wednesday, March 7, 2018

SEBAB-SEBAB UTAMA KENAPA RAMBUT LAMBAT PANJANG


Rambut merupakan anggota badan yang terletak di atas kepala. Lazimnya rambut berwarna hitam. Namun sesetengah orang rambutnya berwarna perang terutamanya pada mereka yang tinggal di Barat.

SEBAB-SEBAB UTAMA KENAPA RAMBUT LAMBAT PANJANG 

1. Stress
Gangguan emosi merupakan salah faktor terbesar untuk memiliki rambut yang tidak berkualiti. Menderita akibat stress boleh menyebabkan rambut anda gugur dengan sangat cepat.

2. Penggunaan Bahan Kimia Yang Berlebihan
Menggunakan bahan kimia pada rambut juga merupakan salah satu faktor yang melambatkan pertumbuhan rambut. Melakukan bleaching, rebonding, mengerintingkan rambut  atau kerap menggayakan rambut boleh menyebabkan rambut rosak dan ‘mati’. Untuk pengetahuan semua, bahan kimia turut melambatkan pertumbuhan rambut.

3. Kekurangan Nutrisi
Antara faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan ini adalah kekurangan nutrisi. Mengamalkan diet yang tidak seimbang akan menghancurkan folikel (akar) rambut sehingga menyebabkan rambut sukar untuk tumbuh.

Tubuh manusia memerlukan jumlah vitamin, protein serta elemen-elemen lain untuk berfungsi dengan baik, begitu juga dengan rambut anda.

5. Pengambilan Ubat
Pengambilan ubat-ubatan secara tak langsung akan memberikan kesan kepada kulit kepala dan juga rambut.

6. Kurang Tidur
Kurang tidur juga boleh menjadi punca rambut lambat panjang. Sebaiknya anda perlu tidur antara 7 ke 8 jam setap hari bagi menjana sel-sel rambut ketika anda tidur ini kerana ketika itu tubuh dan otak anda seTidur yang mencukupi, antara 7 ke 8 jam dalam sehari mampu menjana sel-sel rambut ketika anda tidur kerana ketika itu tubuh dan otak anda sedang berehat.