Monday, February 12, 2018

PETUA MENGANDUNG SEGERA BAGI PASANGAN BARU BERKAHWIN



PERHUBUNGAN KELAMIN

Hubungan seks didefinisikan sebagai persenyawaan, persetubuhan, "bersatu", hubungan kelamin atau jimak adalah satu aktiviti merangsangkan deria sentuhan kulit secara keseluruhan sehingga memasukkan alat zakar (lelaki) ke dalam lubang faraj (wanita) atau mana-mana liang individu lain secara geselan berulang dengan niat ingin mengeluarkan air mani (lelaki atau wanita) sedikit atau seluruhnya.

Rangsangan ini adalah naluri semulajadi (nature) semua makhluk hidup untuk menyambung generasi seterusnya agar baka tidak terpupus.

Hubungan ini selalu dikaitkan dengan perasaan cinta atau nafsu syahwat yang memuncak di kedua belah pihak. Hubungan seks biasanya bermula dengan kucupan, belaian atau sentuhan bahagian kulit lembut, menggosok atau menggesel dan memasukkan alat zakar ke dalam liang faraj (wanita) secara berulang dan disudahi dengan kekejangan/inzal (puncak syahwat) secara berperingkat dalam beberapa detik. Terdapat banyak teknik hubungan seks telah direkodkan (sila lihat Kamasutra).

Pancutan cecair putih pekat (sperma) dan campuran air mani yang berlaku dan mulai mencair. Proses hubungan seks berlangsung dalam tempoh kurang 5 minit sehingga melebihi 2 jam. Kebiasaannya proses ini akan berulang-ulang apabila kembali terangsang.

Sebelum melakukan hubungan seks, individu tersebut akan berasa panas, fikiran menjadi agresif, deria kulit menjadi peka, alat zakar (lelaki) menjadi panjang, tegang dan mengeras. Faraj wanita akan berdenyut-denyut, lembapan meningkat dan mengeluarkan cecair putih dan licin beralkali. Kedua alat ini mulai berasa gatal dan kemerah-merahan.

Gelombang aura merah dari kedudukan pusat membesar sehingga ke bahagian otak. Mendorong fikiran untuk melepaskan keinginan melakukan hubungan seks dengan lebih radikal seperti menjilat atau mengisap kemaluan dan sebagainya.

Setelah melakukan hubungan seks, kedua-dua individu yang merasai kenikmatan dan kepuasan akan berasa tenang, santai dan letih. Aura biru akan mulai menguasai badan individu dan aura merah kembali ke kedudukan pusat.

Kesan hubungan ini kepada wanita boleh mengakibatkan kehamilan berlaku jika tiada langkah pencegahan diambil. Wanita hamil selama 40 minggu akan melahirkan bayi hasil dari gabungan dua benih (sperma dan ovum) dalam satu nukleus. Wanita ini menjadi ibu kepada bayi tersebut.


SUASANA SANTAI MASA BERHUBUNGAN


Suasana santai dalam melakukan hubungan intim sangat digalakkan. Jika anda telah mengetahui masa subur anda dan bersedia melakukan hubungan intim, maka jagalah mood anda dan bersikap santai.

Begitu pula dengan suami anda. Jika anda dan suami baru saja selesai melakukan pelbagai aktiviti, berehatlah dulu, segarkan badan anda, mandi antara slah satu cara. Setelah mood baik dan badan segar, barulah anda melakukan hubungan intim. Hadirkan suasana santai, kerana ini boleh menyokong berhasilnya proses persenyawaan.


PENGETAHUAN UMUM KEHAMILAN


Anda dan suami sebaiknya meningkatkan pengetahuan tentang kehamilan. Sebagai contoh,  berapa banyak jumlah sperma normal, bagaimana keadaan serviks saat masa subur, hormon apa yang mempengaruhi kehamilan, berapa lama sperma akan tiba di sel telur, dan lain-lain.

Pengetahuan ini dapat memberi gambaran pada anda tentang apa yang sebaiknya anda lakukan untuk memperoleh kehamilan.


PENGGUNAAN VITAMIN

Pengambilan makanan berkhasiat dan vitamin sangat penting dalam menyokong usaha mendapatkan kehamilan. Disarankan suami anda mengambil vitamin E dan Zinc. Vitamin ini boleh meningkatkan kualiti dan jumlah sperma.

Bagi isteri anda, cubalah asid folik yang dapat memberi anda nutrisi yang diperlukan untuk kehamilan dan juga penting dalam pembentukan sel otak bayi anda.


CUBA BERHENTI UNTUK MEROKOK

Jika anda dan suami perokok, maka cubalah berhenti dengan segera. Kerana kebiasaannya,  ini dapat menurunkan potensi kehamilan anda. Begitu juga dengan alkohol. Alkohol boleh mengurangkan peluang kehamilan hingga 50%.


POSISI SEKS YANG TEPAT


Kedudukan semasa melakukan hubungan intim juga berpengaruh dalam mendapatkan kehamilan. Kedudukan yang tepat akan membantu proses persenyawaan berjalan dengan baik. Menurut banyak pakar kesuburan, kedudukan paling baik ketika melakukan hubungan intim adalah missionari, yakni kedudukan lelaki di atas.

Kedudukan lelaki di atas dikatakan baik kerana dengan kedudukan ini sperma dengan mudah masuk ke dalam tiub fallopio, sehingga pada akhirnya akan terjadi pensenyawaan. Agar lebih berkesan, anda boleh meletakkan bantal di bawah pinggul anda, sehingga serviks dapat menampung banyak sperma.


Selepas anda dan suami ejakulasi, tetaplah berbaring selama 10-20 minit. Jangan beranjak dulu, kerana dalam waktu-waktu ini semen akan mencair. Jika anda bangkit, cecair simen akan mengalir keluar dari faraj dan suasana acidik pada uterus boleh menyebabkan sperma mati.








No comments:

Post a Comment