Monday, February 12, 2018

KESAN AKIBAT KURANG MINUM AIR KOSONG





AIR MINUM
Minum adalah aktiviti mengambil cecair melalui mulut. Air, misalnya, diperlukan untuk membantu proses fisiologi kehidupan. Lebihan atau kekurangan air dalam tubuh juga mempengaruhi kesihatan manusia.

Setiap hari, manusia memerlukan 1-2 liter air untuk membantu proses fisiologi di dalam tubuh. Had minimum adalah kira-kira 1.6 liter (600 ml untuk air kencing, 200 ml untuk tinja, dan 800 ml untuk kulit dan paru-paru). Air yang diperlukan termasuk air yang terkandung di dalam makanan.

Penyahhidratan (kekurangan cecair dalam tubuh) dapat menimbulkan rasa haus. Rasa haus merupakan perasaan ingin minum dan tekak yang kering. Perkara ini diatur oleh hipotalamus untuk bertindak balas terhadap perubahan kadar elektrolit di dalam tubuh, dan juga sebagai kesan perubahan isipadu peredaran darah.


FUNGSI AIR DALAM TUBUH


Untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat dan mengawal suhu tubuh pada tahap yang normal.

Air berperanan untuk memastikan supaya organ-organ seperti mulut, mata dan hidung sentiasa dalam keadaan lembap dan berfungsi dengan baik.

Meminum air yang mencukupi akan dapat mengurangkan bebanan kerja buah pinggang dan hati dalam berfungsi menyingkirkan bahan buangan dan toksin menerusi air kencing.

Air adalah gen pembawa nutrien dan oksigen kepada semua sel tubuh yang memerlukan.
Air bertindak sebagai pelincir pada sendi-sendi dan amalan meminum air pada jumlah yang mencukupi dapat menghindari serangan penyakit sendi dalam jangka masa panjang.

Selain itu, air berfungsi melarutkan mineral dan nutrien bagi memudahkan ia diserap tubuh.

BERAPA GELAS AIR DIPERLUKAN TUBUH SEHARI?

Secara umumnya, kita disaran oleh doktor dan pakar pemakanan tambahan (Nutritionist) untuk minum 8 gelas air sehari. Cara ini SALAH. Air harus diambil mengikut keperluan tubuh masing-masing. Air diperlukan mengikut berat tubuh kita.

Formula keperluan air dalam tubuh adalah seperti berikut:

Sebanyak satu liter adalah untuk setiap 25 kg berat badan.

Contohnya, katakan berat badan anda ialah 75 kg, maka pengiraannya ialah:

25 kg= 1 liter

75kg ÷25kg =3 liter

Maka jumlah air yang diperlukan oleh tubuh anda ialah tiga liter.

Maka, jika berat anda ialah 60kg, hanya 2.4L air diperlukan sehari.


AKIBAT KURANG MINUM AIR KOSONG

Berikut merupakan 11 akibat kurang minum air kosong akan kita alami:

1. MASALAH PENCERNAAN

Dinding usus adalah complex dan mengandungi 80% ketebalan lapisan air. Kekurangan air boleh menyebabkan masalah sembelit dan perut memulas.

2. RADANG SENDI

Tulang rawan di setiap sendi adalah terdiri dari sekitar 80% air . Tulang rawan sendi memiliki permukaan yang halus, dan perlu sentiasa memiliki pelincir untuk memudahkan pergerakan. Kurang minum air akan megakibatkan kurangnya pelincir pada sendi menyebabkan terjadi pergeselan antara sendi. Sendi yang sentiasa bergesel akan mengakibatkan terjadinya arthritis.

3. TEKANAN DARAH TINGGI

Kurang minum air menebabkan beberapa pembuluh kapilari tertutup menebabkan darah tidah dapat bergerak dengan sempurna ke beberapa bahagian. Ini mengakibatkan terjadinya tekanan darah tinggi.

4. KULIT KUSAM, KERING, KASAR DAN TIDAK BERMAYA.

Ini berkait rapat dengan dehidrasi. Kekurangan air akan meyebabkan kulit menjadi kusam, kering, kasar dan tidak bermaya. Wanita dalam gambar di bawah telah menambah pengambilan air kosong kepada 3 liter sehari dan lihat sahaja transformasi pada wajahnya selepas 4 minggu. Anda boleh baca kisah mengenai Sarah di sini


5. GINJAL


Ginjal merupakan organ tubuh yang amat penting dalam menapis dan mengumuh sisa toksin dalam tubuh. Kurang minum air akan membuatkan ginjal melakukan kerja dengan lebih keras, sisa toksin pula akan berkumpul dengan lebih banyak dan boleh mengakibatkan ginjal menjadi rosak.

6. URIN BERWARNA PEKAT

Air kencing yang normal akan berwarna jernih dan sedikit kekuningan. Kurang minum air akan mengakibatkan air kencing bertukar warna menjadi sangat keruh

7. SAKIT KETIKA MEMBUANG AIR KECIL

Dehidrasi boleh menyebabkan masalah sakit ketika membuang air kecil. Kesakitan yang dialami adalah tanda bahawa pundi kenci telah mengalami jangkitan kuman. Pastikan air kosong yang mencukupi untuk mengelak masalah ini.

8. PENING DAN SAKIT KEPALA

Seperti dinyatakan, otak mengandungi 75% air. Kurang minum air masak mengakibatkan bekalan air ke kepala juga menjadi kurang. Ini akan membawa kepada masalah pening dan sakit kepala. Bagi ummi pula, kurang minum air akan ters membawa kepada masalah migrain.

9. MUDAH MENGANTUK

Adalah menjadi kebiasaan kita akan lebih mengantuk di siang hari di bulan ramadhan. Ini disebabkan kurang minum air kosong yang menyebabkan kesegaran tubuh hilang. Maka terjadilah masalah mudah mengantuk.

10. DEHIDRASI
Dehidrasi merupakan akibat yang berkait rapat dengan kurangnya pengambilan air kosong. Antara tanda-tanda dehidrasi ialah bibir yang kering merekah dan berdarah, keletihan, kehausan yang amat sangat, hilang nafsu makan, hilang daya tumpuan dan jika di tahap kronik, dehidrasi boleh menyebabkan anda mengalami halusinasi.


Perlu diingat, air bukan sahaja diperoleh melalui air kosong sahaja. Buah dan sayuran juga membekalkan air kepada tubuh. Oleh itu, pastikan pemakanan yang seimbang dan pengambilan air yang cukup untuk mengelak masalah yang diakibatkan oleh kurangnya air dalam tubuh.

MINUM AIR KOSONG SEKURANG KURANGNYA 8 GELAS SEHARI
Air yang banyak dalam badan membantu mencuci bah pinggang iaitu dengan cara mengeluarkan semua toksin yang terkumpul dalam badan.

Minum air dengan banyak iaitu lebih daripada lapan gelas sehari jika cuaca panas. Minum air juga membantu mengatasi masalah batu karang.

No comments:

Post a Comment