PERHUBUNGAN KELAMIN
Hubungan seks didefinisikan sebagai
persenyawaan, persetubuhan, "bersatu", hubungan kelamin atau jimak
adalah satu aktiviti merangsangkan deria sentuhan kulit secara keseluruhan
sehingga memasukkan alat zakar (lelaki) ke dalam lubang faraj (wanita) atau
mana-mana liang individu lain secara geselan berulang dengan niat ingin
mengeluarkan air mani (lelaki atau wanita) sedikit atau seluruhnya.
Rangsangan ini adalah naluri semulajadi
(nature) semua makhluk hidup untuk menyambung generasi seterusnya agar baka
tidak terpupus.
Hubungan ini selalu dikaitkan dengan perasaan
cinta atau nafsu syahwat yang memuncak di kedua belah pihak. Hubungan seks
biasanya bermula dengan kucupan, belaian atau sentuhan bahagian kulit lembut,
menggosok atau menggesel dan memasukkan alat zakar ke dalam liang faraj
(wanita) secara berulang dan disudahi dengan kekejangan/inzal (puncak syahwat)
secara berperingkat dalam beberapa detik. Terdapat banyak teknik hubungan seks
telah direkodkan (sila lihat Kamasutra).
Pancutan cecair putih pekat (sperma) dan
campuran air mani yang berlaku dan mulai mencair. Proses hubungan seks
berlangsung dalam tempoh kurang 5 minit sehingga melebihi 2 jam. Kebiasaannya
proses ini akan berulang-ulang apabila kembali terangsang.
Sebelum melakukan hubungan seks, individu
tersebut akan berasa panas, fikiran menjadi agresif, deria kulit menjadi peka,
alat zakar (lelaki) menjadi panjang, tegang dan mengeras. Faraj wanita akan
berdenyut-denyut, lembapan meningkat dan mengeluarkan cecair putih dan licin
beralkali. Kedua alat ini mulai berasa gatal dan kemerah-merahan.
Gelombang aura merah dari kedudukan pusat
membesar sehingga ke bahagian otak. Mendorong fikiran untuk melepaskan
keinginan melakukan hubungan seks dengan lebih radikal seperti menjilat atau
mengisap kemaluan dan sebagainya.
Setelah melakukan hubungan seks, kedua-dua
individu yang merasai kenikmatan dan kepuasan akan berasa tenang, santai dan
letih. Aura biru akan mulai menguasai badan individu dan aura merah kembali ke
kedudukan pusat.
Kesan hubungan ini kepada wanita boleh
mengakibatkan kehamilan berlaku jika tiada langkah pencegahan diambil. Wanita hamil
selama 40 minggu akan melahirkan bayi hasil dari gabungan dua benih (sperma dan
ovum) dalam satu nukleus. Wanita ini menjadi ibu kepada bayi tersebut.
JUMPA DOKTOR ANDA
Pastikan anda bebas dari sebarang masalah
dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah
penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil.
Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa
sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal,
rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah
sukar hamil.
Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba
selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa
sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda
tidak tersumbat.
BERAT BADAN IDEAL
Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya
anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin
boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba
kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.
Cara pengiraan BMI anda ialah dengan :
Berat (kilogram)/[Tinggi (meter) x tinggi
(meter)]
TINGKATKAN KESUBURAN SUAMI
Pastikan kesihatan reproduksi suami pada
tahap optimum dengan mengamalkan cara hidup yang sihat termasuk makanan
seimbang dan berat badan optimum, bersenam, tidak merokok dan elak dari
sebarang minuman keras.
Sekiranya terdapat sebarang isu seks seperti
ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor secepat mungkin.
BERSENAM
Bersenam secara rutin setiap hari . Bersenam
adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk
menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
No comments:
Post a Comment