BUAH PINGGANG
Buah pinggang atau ginjal merupakan organ rumit yang memiliki
pelbagai peranan biologi. Peranan utamanya adalah bagi mengekalkan imbangan
homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti
urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya, bersama air, sebagai kencing.
Oleh kerana buah pinggang bersedia untuk mengesan kepekatan ion seperti sodium,
potasium, hidrogen, oksigen, dan sebatian seperti asid amino, kreatinina,
bikarbonat, dan glukos dalam plasma ia merupakan pengawal penting bagi tekanan
darah, metabolite glukos, dan eritropoiesis (poiesis - di mana sel darah merah
(eritrosit) dihasilkan).
Bidang perubatan yang mengkaji buah pinggang dan penyakit buah
pinggang dikenali sebagai nefrologi. Awalan
nefro- bererti buah pinggang dari perkataan Yunani nephros (νεφρός); tambahan
renal bererti berkait dengan buah pinggang dari perkataan Latin rēnēs, bererti
buah pinggang.
MINUM AIR KOSONG SEKURANG KURANGNYA 8 GELAS SEHARI
Air yang banyak dalam badan membantu mencuci bah pinggang iaitu
dengan cara mengeluarkan semua toksin yang terkumpul dalam badan.
Minum air dengan banyak iaitu lebih daripada lapan gelas sehari
jika cuaca panas. Minum air juga membantu mengatasi masalah batu karang.
KURANGKAN MAKANAN TINGGI GULA DAN GARAM
Pengambilan gula dan garam dalam kesihatan tidak bagus. Kurangkan
pengambilan makanan sudah proses, tinggi kandungan gula dan garam. Tambahkan
pengambilan buah buahan untuk diet seharian serta pengambilan makanan
berasaskan sayur.
BANYAKKAN MINUM JUS EPAL
Selain air masak, elok juga amalkan minum air jus epal segar yang
kaya dengan vitamin C untuk membersihkan buah pinggang. Lagi bagus ‘blend’
sendiri kerana jika dibeli, kandungan gulanya pula tinggi.
MAKAN BUAH TEMBIKAI
Mengandungi banyak air, anda boleh juga amalkan makan buah
tembikai untuk mencuci buah pinggang. Lebih banyak anda berkumuh, lebih banyak
toksin akan keluar daripada badan.
MASUKKAN IKAN DALAM MENU HARIAN
Makan ikan yang tinggi kandungan Omega-3 seperti salmon, kembung
dan sardin. Makanan ini mengandungi asid lemak yang baik untuk menjaga
kesihatan buah pinggang. Jadikan ikan swebagai diet makanan harian anda.
Binalah pelbagai resepi untuk menarik perhatian anak anak kecil anda untuk suka
makan ikan dari kecil.
ELAKKAN MEROKOK
Asap rokok dan kandungan dalam rokok boleh menyebabkan buah
pinggang rosak. Ia bukan saja memberi kesan kepada perokok tegar, tetapi juga
kepada mereka yang sentiasa terdedah kepada asap rokok.
JALANI HIDUP YANG AKTIF
Selain mengawal makan, anda juga perlu selalu bersenam untuk
mengelakkan obesiti yang boleh menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit.
Lakukan aktiviti bersukan sekurang kurangnya 3 kali seminggu.
PERLUNYA MENJAGA KESIHATAN BUAH PINGGANG SEJAK AWAL
Sementara ia masih berfungsi sepenuhnya, amalkan cara hidup yang
sihat sedari awal. Sekali ia rosak, sudah tidak berguna lagi.
No comments:
Post a Comment