Wednesday, February 14, 2018

MAKANAN DALAM PANTANG SELEPAS BERSALIN



Apa makanan dalam pantang selepas bersalin yang baik dan berkhasiat? Apa resepinya? Apa menunya? Ini yang bermain di fikiran anda bukan?

Bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan, resipi  pantang selepas bersalin ini juga boleh digunapakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.

Makanan dalam pantang selepas bersalin bukan makanan yang biasa-biasa. Ia perlukan khasiat untuk menyembuhkan luka-luka semasa bersalin. Selalunya, ramai yang suka berpantang di rumah ibu sendiri. Ini kerana ibu akan menyediakan menu berpantang selepas bersalin untuk anak sendiri. Anak juga boleh bermanja-manja dan minta apa sahaja dari ibu sendiri. Kalau di rumah ibu mertua, mungkin agak terbatas.

MAKANAN DALAM PANTANG SELEPAS BERSALIN

1. Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan:
Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
Lada hitam

Cara-cara:
Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati


2. Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan:
 1 keping ikan tenggiri kering
2 biji lada besar
½ biji bawang besar dihiris

Cara-cara:

Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
Hidang bersama nasi panas



3. Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Lada hitam

Cara-cara:
Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas

4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan:
Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
1 labu bawang besar
5-6 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
½ inci halia
Sedikit air asam jawa & gula

Cara-cara:
Tumis semua bahan yang dihiris.
Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.
5. Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan:
100g ikan bilis putih
3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
1 biji bawang besar dimayang
2cm halia dimayang
6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
6 biji cili padi diketuk
Minyak

Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga ranggup
Kemudian masukkan bahan hirisan


6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahan-bahan:
Sebiji bawang besar dimayang
Ikan bilis
Jeruk lobak
Sebiji telur
Cili mesin 1 sudu

Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.


7. Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:
Sedikit santan pekat
Lada hitam (lebihkan)
Ikan bilis putih
Kunyit hidup
Halia
Garam

Cara-cara:
Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.


8. Hati Masak Limau Purut

Bahan-bahan:
1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2cm hirisan halia muda
½ camca ketumbar
½ camca jintan manis
½ camca jintan putih
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.



9. Hati Goreng Lada

Bahan-bahan:
600g hati lembu direbus dan dipotong
4 sudu besar lada putih
2 sudu besar serbuk rempah
2 sudu besar minyak
1 sudu besar air asam jawa
½ sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk kunyit
2 labu bawang besar
Garam/ Ajinomoto secukup rasa
1 batang daun bawang untuk hiasan

Cara-cara:
Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
Taburkan hirisan daun bawang



10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahan-bahan:
4cm halia muda
3cm kunyit hidup
Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)

Cara-cara:
Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa


11. Sambal Tok-tok

Bahan-bahan:
Ikan bilis
Cili padi
Bawang

Cara-cara:
Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.



12. Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
Daging batang pinang dihiris nipis
Halia dimayang halus
Bawang Putih diketuk
Bawang besar dihiris bulat
1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
Sedikit sos tiram
Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.

Cara-cara:
Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.

No comments:

Post a Comment