KETUAT
Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.
Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.
Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari,dan kaki. Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema, atau tidak menjaga kebersihan diri lebih mudah dijangkiti jangkitan ketuat.
PETUA MENGHILANGKAN KETUAT
1) Sapukan getah daripada pelepah betik yang dipetik terus dari pokok betik ke atas ketuat. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.
2) Tumbuk lumat beberapa helai daun kesum dan campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.
3) Bancuh abu ubat nyamuk dengan sedikit air. Sapukan ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.
4) Sapukan kapur sirih ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.
5) Celupkan lidi ke dalam minyak masak yang sedang panas dan titik ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.
No comments:
Post a Comment