KUTU RAMBUT
Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.
PETUA MENGHAPUSKAN KUTU RAMBUT
CARA TRADISIONAL
Ambil empat ulas bawang putih dan tumbuk hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama tiga sudu makan minyak kelapa. Lumurkan rata pada keseluruhan rambut dan biarkan selama lebihkurang 15 minit. Selepas itu sikat dengan penyikat kutu.

CARA MODEN
Amalkan selalu sehingga tiada lagi kutu ada di kepala.
Gunakan syampu khusus (boleh didapati di farmasi) untuk membunuh kutu kepala.
Cuci rambut secara biasa. Syampu kepala, kemudian usap sehingga ke kulit kepala dan rambut. Jangan sampai syampu mengenai mata. Sisir rambut dan biarkan sampai kering. Gunakan sikat rambut yang bergigi lembut. Buangkan semua kutu dan telurnya.
Bertemulah dengan doktor apabila terdapat tanda infeksi bakteria seperti demam serta bisul di kepala atau nanah.
No comments:
Post a Comment