Tuesday, November 28, 2017

PETUA BUANG ATAU KURANGKAN HANYIR IKAN

BAUH BAUHAN

Bau-bauan adalah satu objek percepsi deria bau. Bau-bauan adalah juga dikatakan bau. Bentuk bau hanyir atau bau busuk digunakan untuk mengenalpasti bau yang kurang menyenangkan. Istilah perkataan wangian atau aroma telah digunakan secara meluas dalam industri makanan dan kosmetik untuk mengenalpasti bau yang menyenangkan.

Bagi membincangkan bau hanyir ikan pula. Hanyir ikan terutama ikan berlendir adalah secara semulajadi. Ikan air tawar selalunya sering diberi maksud selalu hanyir seperti ikan keli, ikan haruan dan lain lain ikan air tawar.


PETUA BUANG ATAU KURANGKAN HANYIR IKAN


BASUH BADAN IKAN MENGGUNAKAN AIR LIMAU ATAU AIR ASAM JAWA
Air limau atau air asam jawa adalah petua lama yang sering digunakan untuk membuang lendir dan mengurangkan bau hanyir ikan iaitu dengan membasuh badan ikan menggunakan air limau dan asam jawa.

MENGGUNAKAN CUKA
Cuka dikatakan mampu menghilangkan kira kira 50% hanyir ikan. Rendam ikan dalam air biasa yang telah dicampur sedikit cuka. Walau bagaimanapun jangan letak cuka banyak kerana ia akan menghilangkan rasa ikan.

RENDAM DALAM SUSU
Susu mengandungi casein yang bertindak menghilangkan trimethylamine oxide yang menjadi penyebab kepada bau hanyir ikan. Walaubagaimanapun agak rugi menggunakan susu dengan harga yang agak mahal.
Bagi yang banyak stok susu bolehlah gunakan air susu untuk rendamkan ikan seketika iaitu dalam tempoh 20 -30 minit.

SERBUK KUNYIT DAN GARAM
Ibu ibu dirumah atau master chef sekalipun kalau nak goreng ikan mesti akan perap ikan bersama kunyit dan garam bukan?
Sebenarnya ini adalah salah satu cara untuk membuang bau hanyir ikan selain menyedapkan rasa ikan. Kalau goreng ikan tanpa garam dan kunyit seolah olah tak lengkap proses menggoreng ikan tersebut



No comments:

Post a Comment