Tuesday, November 28, 2017

PETUA KETUPAT AGAR TIDAK CEPAT BASI

KETUPAT
Ketupat ialah sejenis hidangan daripada beras atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.

Ketupat ada disebut dalam kesusteraan Melayu, Hikayat Indraputra, yang tarikh ditulis dicatat sebagai 1700, tetapi kisahnya wujud secara lisan sebelum tarikh tersebut.

Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya. Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.

KETUPAT PALAS
Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Biasanya sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak. Ketupat palas juga biasanya dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu. Biasanya daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut, manakala daun kelapa untuk ketupat nasi.

Ketupat tiga segi ialah bentuk ketupat tersebut tiga segi. Ketupat moden biasanya empat segi.

Sejak 1990, ketupat yang dibungkus dalam plastik mula diperkenalkan, dan boleh dikukus dalam periuk biasa maupun periuk elektrik. Ketupat sebegini dinamakan ketupat segera / nasi himpit. Walaupun ada pelanggan yang merungut bau tidak seenak dahulu, itu tidak jadi masalah. Terdapat juga dakwaan bahawa ketupat segera dalam plastik boleh mengakibatkan barah.

PETUA KETUPAT TIDAK CEPAT BASI

MASAK LAMA
Petua pertama ini adalah mengikut tradisi orang dulu dulu yang menjadikan ketupat bekalan untuk merantau. Petua ini adalah dengan memastikan ketupat dimasak dengan tempoh yang lama bagi memastikan kuman dan bakteria hisup yang boleh mengaktifkan basi di matikan sepenuhnya. Cadangan tempoh ketupat dimasak adalah 4 -5 jam dan lebih lama lagi baik.

LETAK DI TEMPAT SEJUK
Tempat yang paling sesuai adalah dalam peti ais. Tetapi ketupat akan keras la pula. Petua kedua adalah siram ketupat dengan air masak sejuk.jangan guna air sejuk yang belum dimatikan. Air sejuk biasa mengandungi bakteria akan mengaktifkan kuman basi.

SIMPAN TEMPAT KERING
Pastikan ketupat letak ditempat yang kering dan lap badan ketupat bagi memastikan ia sentiasa kering. Lembab akan mengaktifkankan bakteria

GANTUNG KETUPAT
Menggantung ketupat pada tempat terbuka ketika proses mengeringkannya adalah proses yang wajib dibuat. Proses ini buat ketupat tahan lebih lama. Kaedah gantung buat daun-daunan kelapa lebih cepat mengering.

SAPU BADAN KETUPAT DENGAN MINYAK MASAK
Minyak masak akan membantu mengurangkan ketupat cepat basih dengan melumur sedikit minyak di badan ketupat


No comments:

Post a Comment