APA TU PETUA?
Payudara, buah dada atau tetek ialah
bahagian ventral atas pada badan manusia dan juga mamalia. Payudara bagi wanita
lebih ketara berbanding lelaki dan mengandungi kelenjar mama yang merembeskan
susu untuk memberi makan bayi. Payu dara bagi seorang wanita mula berkembang
selepas baligh.
PETUA MENEGANGKAN PAYUDARA
DAUN SIRIH
Dapatkan beberapa helai daun sirih yang berdaun lebar dan berwarna
hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih.
Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan kering dan
lakukan berulang kali. Menurut orang-orang tua, petua ini dipanggil 'Petua
Sayang Suami'.
BUAH LABU
Kupas setengah biji labu dan kukus atau rebus sehingga menjadi lembik.
Ramas labu tersebut ketika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh buah dada
lebih kurang 20 minit. Amalkan 2 kali seminggu.
PUTIH TELUR
Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering
semalaman. Amalkan 3 kali seminggu.
AIR DIDIHAN NASI
Amalkan meminum air didihan nasi
sebelum tidur malam. InsyaAllah mujarab.
No comments:
Post a Comment