Wednesday, November 7, 2018

KHASIAT HALIA


Halia (nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak penggunaannya ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean.

Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, pokok getah dan kelapa sawit.Halia juga dikenali sebagai ginger (bahasa Inggeris), jahe, aliah, jae, sipadeh, lia (Indonesia), dan kinkh atau khing-daen (Thailand). Kegunaannya sebagai ulam adalah dengan menghiris rizom muda atau dilecek bersama sambal belacan dan dimakan bersertakan nasi. Rasanya sedikit pedas dan lidas.

KHASIAT HALIA


1. HALIA MENGEKALKAN PEREDARAN DARAH NORMAL.
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2. MEMULIHKAN MABUK DALAM PERJALANAN.
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.

3. MENINGKATKAN PENYERAPAN NUTRIEN DALAM USUS.
Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.


No comments:

Post a Comment