Petua adalah prinsip dengan amalan luas yang
tidak terikat dengan tepat atau berguna untuk setiap keadaan. Ia mudah
dipelajari dan senang untuk diaplikasikan bagi mengira atau mengingati beberapa
nilai, atau untuk membuat beberapa penentuan. Apabila dibandingkan dengan
kaedah heuristik, satu konsep bersamaan digunakan dalam wacana matematik,
psikologi, dan sains komputer, khususnya dalam rekabentuk algoritma.
PETUA
TRADISIONAL ORANG DULU
BATUK
Ambil satu ataupun dua sudu nasi
panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkansedikit
air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya,
minumlah air tersebut. Ulangipetua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk
anda akan sembuh dengan segera.
CIRIT BIRIT
Buat bubur nasi dan
campur sedikit garam. Tapis airnya dan minum sewaktu air itu panas suam.
Amalkan dua kali
sehari sehingga cirit
birit awda hilang.
DI GIGIT KALA JENGKING
Tumbuk lada hingga
halus lalu dicampurkan dengan minyak kelapa secukupnya. Setelah itu ditampalkan
pada tempatyang terkena gigitan kala-jengking tersebut. Memang pada mulanya
tidak terdapat sebarang reaksi, kecuali rasa panas dari lada tersebut. Insya
Allah lima minit kemudian denyutnya akan berkurangan dan akan terhenti terus
dalam masa lima belas minit.
HIDUNG BAYI TERSUMBAT
Ambil beberapa sudu
air bersih dan taruh dalam piring kecil dengan dicampurkan sedikit garam.
Hancurkan garamitu dengan tangan supaya sebati dengan air tersebut. Kemudian
usaplah air itu pada tulang hidung bayi itu perlahan-lahan ketika ia mahu
tidur. Ulangi beberapa kali sehingga bayi itu terlelap, dengan cara ini anak
anda akantidur nyenyak dan tidak meragam.
HILANGKAN GATAL GIGITAN
NYAMUK
Ambil sebatang rokok,
buangkan kertas pembalut tembakaunya. Campurkan tembakau tersebut dengan air,
ramas dan sapukan pada bahagian yang gatal digigit nyamuk atau binatang kecil.
No comments:
Post a Comment