Wednesday, November 7, 2018

TERUNG MAMPU ATASI RESDUNG!


Resdung, juga dikenali sebagai sinusitis / jangkitan sinus atau rinosinusitis, adalah keradangan pada sinus yang menunjukkan gejala/tanda. Tanda dan gejala biasa termasuk lendir tebal dalam hidung, hidung tersumbat, dan sakit pada muka. Tanda dan gejala lain mungkin termasuk demam, sakit kepala, kurang deria bau, sakit tekak dan batuk. Batuk sering lebih teruk pada waktu malam. Komplikasi yang serius jarang berlaku. Ia ditakrifkan sebagai rinosinusitis akut (ARS) jika ia berlangsung kurang dari 4 minggu, dan sebagai rinosinusitis kronik (CRS) jika ia berlangsung selama lebih daripada 12 minggu

TERUNG MAMPU ATASI RESDUNG!


Penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, mata, telinga dan muka, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala, manakala pada tahap yang kronik, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak malah boleh menghilangkan deria bau.

Namun jangan risau, anda mungkin boleh mencuba petua tradisional ini:

Ambil isi terung kemal, amalkan makan selalu. Atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.

Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah.

In shaa Allah masalah resdung akan berkurangan. Malah makin pulih.


No comments:

Post a Comment