Durian belanda
(bahasa Inggeris Soursop, tulisan Cina Tradisional 紅毛榴蓮, Soursap, Guanábana,
Graviola, Zuurzak, Coração-da-Índia, Guyabano or Corossol ) atau nama
saintifiknya Annona muricata L. Ia bukanlah dalam kategori pokok Durian, tetapi
dinamakan sedemikian kerana memiliki duri lembut pada kulitnya.
Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan
tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara
termasuk Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia, ia dikenali sebagai Sirsak (dari
Bahasa Belanda zuurzak). Pokok durian Belanda biasanya tumbuh di aras laut
sehingga montane bawah.
KHASIAT DAUN DURIAN
BELANDA
1. Mencegah Dan Mengubati Kanser
Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua.
Kemudian rebuslah dengan 3 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan surut
sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum dua kali sehari, selama dua minggu
atau sehingga kanser yang dihidapi itu sembuh.
2. Sakit Pinggang
Ambillah 20 helai daun durian belanda. Kemudian rebus
dengan sukatan 5 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal sebanyak 3
gelas sahaja. Setelah itu, minumlah ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari.
3. Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh
Khasiat daun durian belanda juga mampu menguatkan daya
ketahanan tubuh. Ambil 5 helai daun durian belada. Rebus dengan sukatan 4 gelas
air. Biarkan mendidih dan biarkan sehingga menjadi 1 gelas.Minumlah sehari
sekali.
4. Mengatasi Diabetis
Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis,
minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda
betul-betul stabil. Khaisat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula
dalam darah.
5. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Hipertnesi atau penyakit darah tinggi merupakan salah
satu faktor mengundang penyakit strok.Sekiranya anda sudah memiliki tanda-tanda
penyakit tersebut,sebaiknya minum air rebusan daun durian belanda untuk
menstabilkan tekanan darah anda.
6. Mengatasi Buasir
Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun
durian belanda tua. Kemudian rebus dengan 3 gelas air, didihkan sehingga
menjadi 1 gelas. Setelah suam, minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir
sembuh.
7. Mengubati Sakit Urat/Saraf
Khasiat daun durian belanda dapat membantu mengubati
sakit urat atau sakit saraf.Rebus 10 helai daun durian belanda tua, tetapi
warnanya masih hijau pekat. Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan 2
gelas air, didihkan biarkan menjadi 1 gelas.Minumlah dua kali sehari, pagi dan
petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya..
No comments:
Post a Comment